Jika pembaca diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.
Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.
Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.
Apakah pilihan pembaca semua?
Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada Keris, Keris akan menilai sebagaimana berikut:
Semut
Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.
Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.
Keris pilih lebah. Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.
Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.
Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.
“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah. Namun begitu semut juga rajin dan saling bereganding bahu. Maka Pemuda UMNO Malaysia juga memilih Lebah dan Semut
BEE ANT BLUES adalah satu inisiatif PEMUDA BN untuk mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang pengurusan acara (event management). Ini untuk membuka peluang kepada anak muda yang berbakat, inovatif dan berwawasan merebut peluang untuk sama-sama menjayakannya.
KARNIVAL BEE ANT BLUES akan berlangsung untuk pertama kalinya pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Pelbagai acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.
Segmen yang dinamakan BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin.
Pemilihan BEE (lebah) & ANT (semut) merupakan perlambangan bagi sifat rajin, kerja berpasukan yang tersusun dan patuh kepada arahan ketua.
K7L : Bersatu taat setia..
Labah-labah
Lebah

Halamak... ini yang buat Semut dalam dilema ni... nak pilih mana satu ye??? hehehe...
ReplyDeleteApa pun, terbaik bro!!!
sya x melihat semut sebagai tamak..tetapi sebenarnya contoh ni la yg perlu kita amalkan..bak hadis Rasulullah "bekerja seolah2 kita akn hidup selama-lamanya dan beribadat seolah2 kita akn mati esok..lebih kurang cm tu la.so semut bagi sya adalah contoh kerajinan yg sgt positif dan bukannya ketamakkan
ReplyDelete