11/05/2012

@Ambiga_S Ketawa Sinis Bila Jawab Tuntutan Peniaga Ketika #Bersih3 ?



Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) telah menerima sejumlah 200 aduan daripada peniaga peniaga yang menanggung kerugian sejumlah RM200,000 - RM300,000 akibat perhimpunan haram pada 28 April 2012. - Angin Perubahan

Keris rasa marah apabila mendengar jawapan yang diberikan setelah ditanya wartawan tentang tuntutan para peniaga dan permohonan suapay dirinya minta maaf diajukan. Biadap. Keris tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.

Dikhabarkan juga seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya.


Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak.

Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.

Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka.

Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis.


Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu.

Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas.

Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga.

Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH.

Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu?

Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja.

Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu.

Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera. Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya.

Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya.

Atas nama kebebasan dan hak asasi peniaga burger ini bertindak membuka gerai burger di depan rumah Ambiga. Mungkin selepas ini lebih ramai peniaga akan bertindak sebegini. Baru Ambiga rasa bagaimana "tidak tenteramnya keadaan" di depan rumahnya sendiri.

K7L : Dah rasakan bila 'ketenteraman' diambil?..macam itu kami orang KL rasa bila BERSIH diadakan..

2 ulasan:

  1. jawapan dia senang je bro, sebabngo ikhlas ni adalah perniaga melayu cuba kalau yang datang tu peniaga2 cina dekat petama cambell jalan tar dan area masjik jamek maka DAP lah jadi hero.

    lagi satu apa yang ikhlas buat adalah logik sebab dia tak puas hati dengan ambiga, dorang bukan tak puas hati dengan kerajaan tapi dengan ambiga, jadi mngeikut contoh hak asasi ambiga dalah tidak salah bagi melanggar undang2 untuk hak asasi sendiri.. jadi kenapa dia tak boleh dan jiran2 dia tak boleh terima takkan lah nak cakap sebab kejiranan orang kaya kot...

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas bantahan anda!Biarlah ambiga juga tahu kita juga maanusia yg perlu pembelaan!Jangan melaungkan HAK ASASI utk puak sendiri.Selama ini pejuang HAK ASASI menganggap orang lain bukan maanusia x perlu dibela!
    Kalau boleh lain kali ramaikan lagi,bawak sekali penjual obat,penyanyi jalanan yg ada kt KL.Lagi meriah!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk