31/05/2012

@KhalidSamad Berjaya Jadikan Shah Alam Medan Maksiat Antarabangsa?




Nah! Ini satu pendedahan dan luahan perasaan penduduk Shah Alam sendiri. Keris memetik artikel rakan blogger di Shah Alam supaya ramai tahu apa yang sedang berlaku di sana sejak Khalid Samad menjadi Ahli Parlimen. PAS bukan parti yang perjuangkan Islam secara total tetapi hanya retorik semata-mata. Malas mahu bercakap panjang mari kita selami luahan mereka :

BERDASARKAN hadis Nabi Muhammad SAW, ... tanda-tanda orang munafik itu terjadi dalam tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberi amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Penulis kali ini mahu bercerita mengenai soal munafik. Dalam bahasa lebih mudah munafik juga bererti cakap tak serupa bikin, berbohong atau juga double standard dan lain-lain yang seerti dengannya.

Jika dalam sesama manusia, orang jenis ini tidak boleh dipercayai sama sekali. Orang kata macam ular. Jika dalam organisasi, ia adalah organisasi putar belit dan lebih teruk daripada memakan riba. Jika ia adalah pertubuhan siasah atau politik, pertubuhan seperti ini kita harus dan wajib menghindarinya.


Khalid Gereja dalam ceramah kempen PRU12 di Shah Alam, berjanji sebaik sahaja pakatan haram menang di Selangor, sebelum ayam berkokok kilang arak akan ditutup. Sekarang apa sudah jadi? Sehingga sekarang kilang arak itu tidak berani diusik. Kononnya sebagai hasil mahsyul negeri bagi keperluan bukan Islam. Ptuuiiihhh!!!

Memang benar ketika BN perintah, terbinanya kilang arak di sebuah daerah dikenali sebagai Shah Alam dan sebuah lagi di daerah Petaling Jaya.

Ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor, pelbagai celaan dilontarkan kepada negeri itu oleh puak yang mengakui alim (PAS). Semuanya buruk, jahat, jelek dan bodoh. Negeri itu dicerca secerca-cercanya.


Tindakan sekumpulan Mahasiswa di Shah Alam menggesa kerajaan pakatan haram menutup pusat maksiat pada bulan suci Ramadhan. Lebih menggembirakan apabila Menteri Besar Darul Ehsan membuat kenyataan membenarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan. Pas yang dulu amat sensitif mengenai perkara-perkara maksiat itu, kini tidak tahu sudah hilang ke mana?

Hiburan-hiburan yang mahu diadakan di Selangor itu ditentang habis-habisan. Puak-puak yang mengaku alim (PAS) itu akan mengadakan tunjuk perasaan melalui persatuan-persatuan mahasiswa Islam. Berteriaklah mereka secara bertakbir demi takbir (slogan Pas) secara bergema-gema.

Lebih hebat negeri Darul Aman yang diperintah sepenuhnya oleh alim-alim Pas juga mengambil keputusan yang sama, iaitu: Membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadan.

Namun ketika BN perintah, Shah Alam bebas daripada hiburan, tiada panggung wayang, tiada tulisan selain tulisan Melayu sahaja di papan-papan tanda kedai, nama-nama jalan ditulis dalam tulisan Arab berbunyi Melayu atau jawi, yang satu waktu dulu mahu dipadam oleh DAP di Bukit Bintang.

Baca selanjutnya di Shah Alam Rebels


K7L : Shah Alam kini dah jadi tempat maksiat?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk