03/05/2016

Parti Amanah Hanya Lalat Politik Di Malaysia?


 

PAS kini tidak menghala meriamnya kepada Amanah. Biarpun Amanah bersusah payah dan berhempas pulas memastikan PAS tidak berjaya di mana-mana termasuk mencuri jentera pilihanraya serta ahli PAS.

Amanah yang merupakan parti serpihan daripada PAS ditubuhkan selepas kebanyakan pemimpin mereka kalah didalam pemilihan PAS sebelum ini. Dan barisan kepimpinan mereka mahupun di peringkat cawangan adalah datang daripada mereka-mereka yang telah kalah teruk.

Maka mereka ini boleh dianggap seperti lalat sahaja dalam politik Malaysia. Nak kata penyedap pun tidak juga. Merimaskan itu sudah pasti. Dengan kehadiran yang tidak diundang dan bising kalau ada banyak.

Mari kita lihat kepada sifat lalat. Lalat adalah binatang yang Allah ciptakan dengan fitrahnya kepada tempat yang kotor, busuk dan peranan lalat itu sendiri adalah memakan makanan sisa yang berbau busuk sehinggakan kalau dilihat bangkai-bangkai binatang lain sekalipun akan menjadi santapan lalat.

Itulah jua Amanah. Tugasnya hanyalah lalat milik DAP. Sebab itu PAS kini tidak memandang langsung Amanah malahan tidak mahu melayan sebarang kenyataan daripada Amanah.

K7L : Lalat pun ada dalam politik?.. haha...

1 ulasan:

  1. lalat suka tempat kotor...jauhi lalat krna ia blh membawa penyakit.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk