27/05/2016

Mesyuarat Majlis Presiden Batal Kali Ketiga - Apa Yang Terjadi?



Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah pun dibatalkan buat kali ketiga menjadikan Mesyuarat tersebut masih belum dapat dilaksanakan selepas "Peristiwa Pertembungan Sarawak".

Walaupun mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada mulanya dibatalkan, namun ia tetap diadakan tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mesyuarat yang diadakan di pejabat ketua pembangkang di tingkat 14, Menara Parlimen itu diadakan kira-kira jam 1.25 petang dan diakhiri kira-kira jam 2 petang.

Ia dihadiri oleh pemimpin Pakatan Harapan antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Satu sahaja Keris nak beritahu, tidakkah anda semua pelik Lim Guan Eng dan Azmin sahaja yang tidak hadir? Apa yang sedang berlaku di antara mereka? Dan Wan Azizah dilihat tidak menghormati Azmin dan Guan Eng apabila meneruskan mesyuarat tanpa mereka.

Kini apa yang sedang berlaku? Mungkinkah keretakan di dalam PKR sudah merebak kepada Pakatan Harapan? Apa yang Keris lihat kini Wan Azizah dan orang-orang sedang membuat gerakan 'Pin-Pointing' kepada Azmin yang dipersalahkan dalam banyak perkara.

Apa akan terjadi kepada PKR kelak? Apakah Pakatan Harapan akan hilang PKR jika Azmin terus berdegil dan Guan Eng dengan pendirian tidak mahu duduk semeja dengan Azmin Ali? 

K7L : Tahun Timbalan Presiden ditukar ke apa 2016 ni?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk