10/05/2016

Amanah Berikrar Akan Lawan Mana Sahaja PAS Bertanding PRU14 Kelak?


 

Parti Amanah Negara (PAN) akan menuntut kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya dibenarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi PAS dalam pilihan raya lalu.

PAN dalam posisi terbaik untuk mewakili Pakatan Harapan bertanding di kawasan terbabit sekali gus merampas kerusi terbabit daripada PAS memandangkan PAN sebuah parti Islam yang menerima sokongan pelbagai kaum.

Sudah pasti PAN akan menuntut untuk bertanding di mana PAS telah bertanding sekiranya PAS tetap tidak bersama Pakatan Harapan dan tiada persefahaman pilihan raya antara PAS dan Pakatan Harapan.



PAN nampak bersungguh dalam menentang PAS. PAS dijadikan target utama berbanding Barisan Nasional. Namun begitu, PAS pula tidak menghala meriamnya kepada Amanah. Biarpun Amanah bersusah payah dan berhempas pulas memastikan PAS tidak berjaya di mana-mana termasuk mencuri jentera pilihanraya serta ahli PAS.

Amanah yang merupakan parti serpihan daripada PAS ditubuhkan selepas kebanyakan pemimpin mereka kalah didalam pemilihan PAS sebelum ini. Dan barisan kepimpinan mereka mahupun di peringkat cawangan adalah datang daripada mereka-mereka yang telah kalah teruk.

Maka mereka ini boleh dianggap seperti lalat sahaja dalam politik Malaysia. Nak kata penyedap pun tidak juga. Merimaskan itu sudah pasti. Dengan kehadiran yang tidak diundang dan bising kalau ada banyak.

K7L : Lalat politik tu kelakar..

1 ulasan:

  1. sempatkah ph bertahan hingga pru14 belum tentu lgi tpi pan dah cakap besar...mat sabu dah lupa normah agaknya.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk