16/05/2016

PAS Minta Yang Lain Jangan Bertanding Tapi DAP Dengar Berminat Juga?


 

Masa ini nampaknya PAS dalam keadaan tertekan apabila bunyi yang sampai ke telinga orang ramai adalah Amanah ingin bertanding di kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang merupakan kerusi tandingan PAS ketika PRU13 yang lalu.

Namun kini Amanah dilihat terlalu terdesak untuk mencapai satu kemenangan sulung untuk memuaskan hati DAP yang kini sudah hilang kepercayaan apabila 9 daripada 11 kerusi Amanah di Sarawak telah hilang wang deposit.

Kemungkinan besar untuk Amanah bertanding di kedua-dua kerusi juga tidaklah satu perkara yang mustahil. Dalam masa yang sama, Keris merasakan adalah juga tidak pelik sekiranya Big Boss Pakatan Harapan iaiatu DAP pula ingin mencuba nasib untuk menambahkan bilangan kerusi di Parlimen.

 

Ada juga dengar beberapa nama naik untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Kedua-duanya berbangsa Melayu. DAP cuba menggunakan taktik DAP Melayu untuk meraih undi jika benar mereka bertanding.

Segala macam bunyi telah didendangkan. Bagi Barisan Nasional, Keris melihat kepimpinan sedang mencuba untuk meletakkan calon yang terbaik dan tidak timbul masalah bertindih calon parti.

Berbeza dengan PAS,PKR,DAP dan Amanah yang dilihat semuanya berpotensi dan sedang mengatur langkah untuk meletakkan calon masing-masing. Semua orang ingin menambah undi membuatkan pertandingan tiga penjuru atau lebih bakal berlaku.

K7L : DAP calonkan Madey je la...

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk