18/05/2016

Pilihanraya Kecil Di Kuala Langat? #DUNTelokDatok



ADUN Telok Datok, YB Loh Chee Heng baru-baru ini dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP di atas salah laku menyalah guna peruntukan Kerajaan Negeri. Laporan telah pun dibuat oleh DAP Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes ini.

Ini membuktikan bahawa DAP bukanlah satu parti suci dan ahli serta wakil rakyat mereka juga tidak bebas daripada tuduhan rasuah dan salahlaku wang. Jangan ada yang kata DAP bebas korupsi ya?

Persoalannya sekarang apakah Loh Chee Heng akan kekal sebagai ADUN Bebas atau adakah akan ada Pilihan Raya Kecil di Kuala Langat memandangkan tempoh matang 3 tahun DUN Selangor hanya akan berakhir pada 21/06/2016.

Sekiranya kes ini cepat diselesaikan, mungkin juga akan diadakan PRK di Telok Datok? Kini DAP dilihat seperti agak berat sebelah kerana ADUN Telok Datok terus dipecat biarpun baru sahaja membuat laporan.

Setiausaha Agung DAP siap ada bukti dan terbongkar pun masih mereka tutup dan kambus? Tak adil punya parti.

K7L : Buat je.. BN tak goyang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk