19/05/2016

Kitaran Kepimpinan PKR Yang Cuba Diubah Azmin? - Makan Diri Atau Berjaya?


  

Satu dekad telah berlalu dan reformasi yang dilaung-laungkan masih tidak berlaku. Keadaan dalaman parti belum berubah kerana amalan nepotisme masih segar dalam PKR. Perjuangan parti ini tetap berkisar pada agenda peribadi Anwar serta kepentingan keluarga dan sahabat rapatnya.

Wan Azizah sebelum ini pernah mengosongkan kerusi ini kononnya untuk menjaga cucu dan memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi sama, seterusnya menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. 

Dan apabila Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, Wan Azizah sekali lagi dicalonkan dan diletakkan sebagai 'Decision Maker' untuk PKR yang dilihat tiada tempat untuk orang yang bukan rapat atau punyai talian darah dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun di dalam penjara, Anwar masih dirujuk untuk membuat keputusan penting. Sebelum ini Pemimpin PKR Kedah, Ishak Man mengkritik cara Anwar membuat keputusan ala diktator memilih ahli keluarga sendiri untuk bertanding pilihan raya kecil atau memegang jawatan utama dalam parti. 

Ishak Man membidas sikap tidak adil ini kerana membelakangkan pilihan dan suara ahli parti. Penyokong parti dan Pakatan masih ingat sewaktu kemuncak krisis perebutan kuasa di Selangor tahun lalu bagaimana Anwar membuat keputusan unilateral menghantar hanya nama isterinya sebagai calon menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan tiga nama dihantar kepada baginda untuk dipertimbangkan.

Amalan nepotisme dalam PKR dan sikap diktator Anwar juga pernah dikecam Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Beliau pernah menyarankan Anwar agar bersara daripada politik kerana sudah lama rakyat Malaysia dilibatkan dengan agenda peribadi Anwar. 

Dr Zuhdi mengingatkan bagaimana Anwar melancarkan Operasi 16 September beberapa tahun lalu tanpa berbincang dengan Pas sebagai parti sekutu dalam PR untuk menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang telah dipilih rakyat secara sah. 

Pas masih terkesan dengan tindakan Anwar yang mengumumkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika PR menang dalam PRU13, pencalonan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor serta Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa menghiraukan input dan cadangan Pas sehingga tertinggal isu padi, nelayan dan Felda.

Kini PAS sudah mula meninggalkan PKR dan bersedia untuk menawan Selangor dengan sendiri melalui Blok Ketiga. Namun apa jua yang terjadi, kitaran kepimpinan PKR tetap tidak akan berubah dan masih mengamalkan nepotisme yang nyata.

K7L : Nuha bakal jadi Gadis pertama ketuai AMK?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk