11/05/2016

Tarikh PRK Sungai Besar-Kuala Kangsar?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pihak SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan dua kerusi itu daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 6 petang semalam.

Selaras Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan PRK itu - Wakil SPR

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong, selepas wakil rakyatnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter jenis Eurocopter AS350 di Sarawak, Khamis lalu.

Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Allahyarhamah Noriah ialah Ahli Parlimen Sungai Besar sejak 2008, selepas mengalahkan calon PAS, Osman Sabran dengan majoriti 5,009 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan majoriti 399 undi pada PRU 2013.

Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar pula menundukkan calon PAS, Khalil Idham Abdullah dan calon Bebas, Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi pada PRU lalu.

Dijangka kali ini pertembungan tiga penjuru ataupun lebih mungkin berlaku. Keris melihat PAS akan berlawan di kedua-dua kerusi namun Amanah,DAP dan PKR juga ada kemungkinan berminat.

K7L : Kekal BN di kedua-dua parlimen InsyaAllah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk