05/05/2016

Peguam Negara Nafi Kes Kenyataan Palsu Phang Telah Pun Ditutup?




Kedua portal tersebut telah menyiarkan berita mengenai pengumuman bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang disyaki telah membuat kenyataan palsu.


Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Haji Ali membuat telah membuat kenyataan semalam bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Katanya, ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara.

Mengikut laporan berita tersebut, mereka ada memetik kenyataan daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rejab yang membuat kenyataan sehingga dicatit dalam berita.


Kalau mengikut laporan Free Malaysia Today, Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata, "I was informed two days ago about this decision and hence the case is considered closed." 

Dua hari lepas bukankah cuti umum? Benar atau tidak kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang? Ataupun ini hanya satu quote yang dicipta sendiri oleh FMT?

K7L : Macam nak lari isu je..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk