17/05/2016

Kalau Salah Langkah - Pilihanraya Negeri Mungkin Berlaku Di Selangor?



Selepas mengambil keputusan memecat keahlian Adun Teluk Datok, Loh Chee Heng kelmarin kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan Dun, kedudukan Kerajaan Negeri Selangor kini dikatakan dalam keadaan kurang stabil.

Orientaldaily dalam laporannya semalam merumuskan sekiranya Chee Heng yang kini sudah bukan ahli DAP lagi, menjadi orang penting dalam pembentukan kerajaan negeri di Selangor.

Ini kerana, sekiranya Adun Teluk Datok itu memberi sokongan kepada BN dengan melompat ke mana-mana parti komponen dalam BN, ini akan memberi peluang kepada Pas dan BN bergabung menubuhkan kerajaan negeri bersama.

Pada PRU lalu, Pas mempunyai 15 Adun dalam Dun Selangor dan Umno mempunyai 12 Adun. Jika dicampur dengan Chee Heng dan seorang lagi Adun bebas, iaitu bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas-Umno mempunyai 29 Adun berbanding Pakatan Harapan yang berjumlah 27 Adun.

Ini bermakna teori Khalid Ibrahim + PAS + UMNO + bekas DAP = Kerajaan Selangor mungkin boleh digunapakai sekiranya Adun-Adun PAS di Selangor benar-benar bersedia menerima arahan daripada pihak tertinggi mereka yang difahakan pernah berdiskusi dengan Khalid Ibrahim.

Kejatuhan Azmin kini mungkin berlaku dalam masa yang terdekat. Sebab itu Azmin dikatakan beria memujuk PAS untuk menyertai Pakatan Harapan walaupun pujukan itu tidak senada dengan Presiden PAS sendiri.

Kini PAS menjadi penentu siapa yang perlu memimpin Kerajaan Negeri Selangor. Kalau ikut Majoriti Gabungan Khalid itu, PAS paling banyak kerusi. Mungkinkah PAS bersedia melihat PKR 'dikuburkan' di Selangor?

K7L : Bila lagi nak ajar orang PKR?..

1 ulasan:

  1. Harap ia jadi kenyataan....
    Tak ada masalah mb org pas dpd mb yg jadi proksi dapigs.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk