10/05/2016

Sudah Kalah Kalah Lah! - Sarawak Berani Ubah Sehingga DAP Hilang Kerusi!


Macam-macam cerita akan kita dengar setiap kali pembangkang kalah. Terutama sekali kalau PKR kalah. Mereka yang kalah semua kerusi kecuali kekal 3 kerusi ketawa setelah melihat DAP tersungkur di Sarawak.

Namun begitu cerita mengarut dan fitnah ditaburkan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan parti lawan. DAP juga tuduh kekalahan ini kerana ketamakan PKR dan PKR pula tuduh DAP angkuh sebab itu mereka hilang banyak kerusi lama.

BN telah menang 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Pecahan kerusi BN yang menang.

PBB: 40 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan (100%)
SUPP: 7 daripada 13 (54%)
SPDP: 3 daripada 5 (60%)
PRS: 11 daripada 11 (100%)
BN Terus: 11 daripada 13 (85%)

PRN Sarawak ini sebenarnya menuntut BN seluruh negara supaya bekerja lebih keras lagi untuk menghadapi PRU-14 tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, kita sudah 
tahu prestasi parti chauvinis DAP di PRN Sarawak memandangkan parti itu adalah taiko atau 'big brother' di dalam Pakatan Pembangkang. PKR dan Amanah, parti serpihan PAS tidak boleh diharapkan kerana sudah hilang maruah dan hanya sekadar orang suruhan DAP sahaja. 

Pecahan kerusi Pembangkang yang menang.

DAP: 7 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan (23%)
PKR: 3 daripada 41 (7%)
PAS: 0 daripada 11 (0%)
PAN: 0 daripada 13 (0%)
PBDSB: 0 daripada 5 (0%)
STAR: 0 daripada 11 (0%)
BEBAS: 0 daripada 36 (0%)

PRN Sarawak telah menyerlahkan betapa teruknya kerjasama di antara DAP dan PKR sehinggakan mereka bertembung di 6 kerusi DUN. Ironinya, mereka kalah di kesemua kerusi tersebut :


N13 BATU KITANG

Lo Khere Chiang SUPP (BN) 6466
Abdul Aziz Isa Marindo DAP 4626
Voon Shiak Ni PKR 883
(DAP + PKR = 5509)
Sulaiman Kadir BEBAS 61
Datuk Seri Othman Bojeng BEBAS 54
Jumlah Pengundi (17494) / Jumlah Undi (12090)
Undi Rosak (135)
Peratus Mengundi (69.88%)
Majoriti Lo Khere Chiang SUPP (BN) 1840

N19 MAMBONG
Datuk Dr Jerip Susil SUPP (BN) 6161
Sanjan Daik DAP 2828
Willie Mongin PKR 2645
(DAP + PKR = 5473)
Jumlah Pengundi (17467) / Jumlah Undi (11634)
Undi Rosak (200)
Peratus Mengundi (67.75%)
Majoriti Datuk Dr Jerip Susil SUPP (BN) 3333

N32 SIMANGGANG
Datuk Francis Harden Hollis SUPP (BN) 4094
Datuk Ngu Piew Seng BEBAS 2706
Leon Jimat Donald DAP 695
Norina Umoi Utot PKR 580
(DAP + PKR = 1275)
Jumlah Pengundi (11472) / Jumlah Undi (8075)
Undi Rosak (83)
Peratus Mengundi (71.11%)
Majoriti Datuk Francis Harden Hollis SUPP (BN) 1388

N049: NGEMAH

Alexander ak Vincent PRS (BN) 2,888
Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas) 2,734
Richard ak Lias (DAP) 243
Thomas Laja ak Besi (PKR) 396
(DAP + PKR = 639)
Jumlah pengundi 8,899/ Jumlah Undi (6,396)
Peratus Mengundi 71.9%
Undi rosak 114
Majoriti Alexander ak Vincent PRS (BN) 154

N66 MURUM


Chukpai Ugon PRS (BN) 3265
Abun Sui Anyit PKR 1065
Mathew Silek DAP 687
(DAP + PKR = 1752)
Stanley Ajang Batok BEBAS 1029
Jumlah Pengundi (8242) / Jumlah Undi (6046)
Undi Rosak (153)
Peratus Mengundi (75.21%)
Majoriti Chukpai Ugon PRS (BN) 2200

N78 MULU

Datuk Gerawat Gala BN 3198
Pauls Baya PKR 1490
Paul Anyie Raja DAP 309
(DAP + PKR = 1799)
Dr Roland Dom Mattu BEBAS 239
Jumlah Pengundi (8600) / Jumlah Undi (5236)
Undi Rosak (111)
Peratus Mengundi (62.17%)
Majoriti Datuk Gerawat Gala BN 1708.

Sekalipun jika kita campur undi calon DAP dan PKR, kita akan dapati mereka tetap tidak akan menang di 6 kerusi ini. Kerana itu kita lebih memikirkan bahawa pertindanan kerusi di antara DAP dan PKR ini hanya sekadar mainan politik murahan mereka.

Namun begitu sekiranya pertembungan jadi 1 lawan 1 juga tidak memihak kepada mereka memandangkan mood rakyat kini menolak DAP kerana skandal Guan Eng dan menolak PKR kerana isu projek mega yang tidak masuk akal.

Siapa mahu dipimpin oleh mereka yang korup? Ops! Seringkali kita dengar mereka laungkan semangat anti korupsi dan menuduh BN sebagai koruptor namun rupa-rupanya mereka menjerit laungan itu dihadapan cermin. Akhirnya rakyat tolak mereka.

K7L : Undi Pakatan = Undi Kehancuran

1 ulasan:

  1. Kat semenanjung ni kalau umno berani berubah dengan menyingkirkan Najib Dan mereka yg korup tentunya juga boleh berjaya sebagaimana adnan lakukan diSarawak

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk