16/05/2016

Amanah Nak Lawan PRK Walaupun Hanya Sertai PRN Untuk Kibar Bendera?



Amanah yang dilihat paling bersedia berbanding PAS, DAP atau PKR untuk bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Belum apa-apa lagi calon mereka dah ada atas kertas.

Siap guna alasan mana PAS bertanding Amanah juga akan bertanding. Namun yang lucunya mereka umum untuk bertanding lebih awal daripada PAS. Tapi nak bagitahu kamu semua, tahu apa Amanah cakap pasal keputusan PRN?

“Ia memberikan pengalaman yang cukup berharga dan sebagai parti baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai bukanlah suatu perkara mudah.

“Jadi, tujuan kita menyertai PRN Sarawak adalah untuk memperkenalkan parti dan logo yang berusia tujuh bulan ini kepada rakyat Sarawak,” -
Amanah

Sedangkan sebelum itu Amanah bukan main yakin akan menang di 5 kawasan daripada 11 kawasan yang mereka letakkan calon. Bila kalah teruk terus kata hanya untuk perkenalkan parti yang berusia 7 bulan?

Kini Amanah dah boleh buat slogan baru "Kami Parti Kibar Bendera" sahaja. Jangan risau kerana menjelang PRU14 nanti, tiada satu pun kerusi Amanah berada didalam Dewan Rakyat. 

K7L : Mana ada orang hantar calon untuk perkenal diri?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk