11/05/2016

Lawak Azmin - Nak Sekat Pemimpin BN Sarawak Masuk Selangor?


Sumber : Sarawak Voice

Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di dua Parlimen yang kosong berikutan kematian penyandangnya nanti, kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali akan menguatkuasakan undang-undang baharu di Selangor.

Memetik blog negarapakatanrakyat.com, Azmin akan menguatkuasakan undang-undang melarang mana-mana pemimpin BN dari Sarawak untuk memasuki Selangor sebagai tindak balas terhadap tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang 40 orang pemimpin Pakatan Harapan dari memasuki Sarawak untuk berkempen pada pilihan raya negeri yang lepas.

Langkah ini, menurut sumber Wisma Darul Ehsan, dilihat paling tepat bagi mengajar erti demokrasi kepada kerajaan Sarawak yang sebelum ini dilihat mengamalkan dasar tutup pintu ala Korea Utara semasa pilihan raya negeri berkenaan.

Justeru itu katanya, kepada mana-mana pemimpin BN yang berhajat untuk memasuki Selangor pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar nanti, mereka dikehendaki menulis surat permohonan kemasukan ke Selangor.

“Hanya mereka yang diberi keizinan sahaja boleh memasuki Selangor pada PRK itu nanti,” ujar blog itu.

Undang-undang tersebut tambahnya, tidak terpakai kepada mana-mana pemimpin BN di Semenanjung kerana menurut sumber ini lagi, Azmin hanya mahu menunjukkan kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak, Selangor sentiasa mengamalkan pintu terbuka kepada barisan kepimpinan BN di Semenanjung.

“Oleh yang demikian, diharapkan tidak ada lagi isu berbangkit kelak semasa Pilihan Raya Kecil Sungai Besar diadakan.

Azmin dikhabarkan begitu komited mahu merampas kerusi ini daripada tangan Barisan Nasional secara bersih dan teratur. – Sarawakvoice.com


Kah Kah Kah! Lawak apakah ini? Keris tak pasti samada berita ini benar berlaku atau hanya main-main. Tapi mengikut kecerdikan otak Azmin, benda ini mungkin berlaku memandangkan Azmin tidaklah bijak mana pun.

Nak sekat Pemimpin BN masuk dari mana? Nak sekat mereka masuk melalui tol? Jangan buat lawak bodoh. Keris perasan makin lama makin lucu tengok kenyataan dia. Semuanya main sedap mulut je nak cakap.

Apapun satu lagi perkara kelakar, apa kena Pemimpin BN Sarawak nak datang berkempen di sini? Mereka tengah susun Kerajaan Negeri Sarawak yang mana Barisan Nasional menang 72 kerusi daripada 82 kerusi yang ada.

Tak ada masa mereka nak layan ugutan yang tak ada kesan pada mereka. Kelakar betul. Siapa sokong dia jadi MB dulu ni? Keris nasihatkan lebih baik mereka risaukan DAP yang dah mula bermusuh daripada sibuk sekat pemimpin BN Sarawak. 

K7L : Kah Kah Kah Kah Kah Kah!

4 ulasan:

  1. Tak de satu pun parti Sarawak kat semenanjung ni...jadi nak buat apa dia dtg ye tak? yang kau terhegeh2 nak masuk Sarawak gak, apa pasal?

    ReplyDelete
  2. Cari gambir. Bagus utk ais krim.

    ReplyDelete
  3. Standard bangang memang dalam PKR. Bukan Azmin sahaja tetapi juga si janda anak nuar tu. Tapi kan.....yang paling bodoh sekali adalah penyokong PKR yang akan mendabik dada mengatakan Azmin boleh tahan DUN Sarwak. Mungkin Azmin akan kerahkan penyokong PKR berkawal di pintu gerbang di PPUM dan tol2 dalam negeri Selangor. Soal nya...apa lah jadah nya DUN BN Sarawak nak dating untuk PRK KS. Bangang...bangang...bangang

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk