08/04/2016

Who Wants To Be Lim Guan Eng? - Sila Jawab Soalan Tanah Taman Manggis!



Isunya hari ini, kita masih lagi belum mendapat jawapan yang jelas dan tepat mengenai isu skandal penjualan tanah Taman Manggis. Terlalu banyak kelompongan dan jawapan yang berubah-ubah tak ikut musim.

Kini Guan Eng dilihat sedang membeli masa dengan cubaan mengalih isu dengan bantuan rakan-rakan yang 'kow-tow' kepadanya. Mana yang memang benci dia dan keluarganya, sudah tentu terus menerus menekan daripada dalam.

Dijangka CEC DAP juga kemungkinan besar akan dipercepatkan atas desakan ahli-ahli DAP dan beberapa pimpinan kanan DAP yang bersedia untuk menukar Setiausaha Agung Mereka.

Dikhabarkan Gobind antara nama yang akan naik, sebab itu dia nampak agak senyap dan 'keluar sarang' ikut dan dia sahaja. Namun isunya tentang penjualan tanah Taman Manggis ini amat mencurigakan.

Sehingga hari ini selepas Menteri KPKT terus menerus mendedahkan bukti penyelewengan dan terdapat perkara-perkara yang meragukan dalam transaksi membuatkan kita tertanya-tanya bila Lim Guan Eng ingin bersuara.

Jelas. Dia tengah cuba membuat skrip terbaik namun kini semuanya telah terdedah. Dikhabarkan akan ada lebih lagi pendedahan berkaitan penjualan tersebut. Mungkinkah Guan Eng akan jawab dalam debatnya dengan Menteri KPKT?

K7L : 'Tokong DAP' nak roboh kaaaaa....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk