07/04/2016

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama - MyDeposit Bantu Rakyat!


 

Pembeli rumah pertama yang mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 kini mampu menarik nafas lega apabila Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2016 mula dilaksanakan hari ini.

Skim tersebut merupakan inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu golo­ngan berpendapatan sederhana (M40) membiayai kos deposit rumah yang merupakan salah satu daripada rungutan dalam kalangan pembeli rumah.

Penjualan rumah yang berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan beliau dalam peng­ubahsuaian Bajet 2016 lalu akan mula dilaksanakan mulai bulan ini.

Skim ini melibatkan pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000.

Tahniah Barisan Nasional!

K7L : Ini baru betul...

2 ulasan:

  1. Sekim ini sangat lah bagus. Tetapi korang tengok lah puak mana yang akan merebut-rebut kowtim dengan pemaju puak mereka untuk ambil kemudahan ini semaksima mungkin. Ini akan diguna untuk keuntungan short-term dan end of the day....the genuine case akan terpinggir kecuali ada duit kopi bawah meja....Harap kerajaan akan laksanakan sekim ini seketat-ketat nya yang akan mengelak abuse, menyelewengan, rasuah, penipuan, manipulasi at both side, ie buyers dan pemaju. Penjwatan kerajaan yang dipertanggungjawab laksana sekim ini di harap fikir masak2 butir laksana dan syarat2. Minta pihak audit dan SPRM mengawasi. Orang awam pula rajin2 buat aduan atas sebarang salahlaku dan penyelewengan.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk