Kecoh di media sosial secara tiba-tiba pasal Tarif Elektrik dinaikkan bagi melindungi TNB daripada kerugian. Dikatakan mesej tersebut dibuat oleh Najib Razak. Ini kes kitar semula namun masih juga ada yang tertipu.
Ini yang Keris pernah kata suatu ketika dahulu. Kebanyakan rakyat Malaysia suka nak dengar dan kongsikan cerita panas biarpun ianya fitnah. Ada tu tak baca apa pun lagi dah share kat Facebook.
Ini masalah betul. Cuba sebelum sebarkan baca dahulu intipati dan cari kebenaran. Jangan tahu nak marah kemudian maki-maki. Sia-sia sahaja dapat dosa dengan menyebarkan fitnah serta maki.
Diharap tidak ada orang yang cepat membuat percaya khabar angin yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan rasa marah kepada orang lain atas perkara yang tidak berasas.
Apa sahaja yang keluar dalam media sosial perlu disahkan dan perlu disahihkan terlebih dahulu.
K7L : Fitnah tetap Fitnah..
0 ulasan:
Post a Comment