18/04/2016

Permintaan Untuk Hapuskan 'Lain-Lain' Dilaksana Untuk Sarawak Dan Sabah?



Bumiputera Sarawak kini boleh meletakkan nama kaum masing-masing dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan selepas Kabinet meluluskan pemansuhan penggunaan perkataan ‘lain-lain’ bagi mengklasifikasikan mereka sebelum ini.

Keputusan dipersetujui oleh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa serta-merta itu sebagai tanda menunjukkan Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan kehendak rakyat Sarawak.

Difahamkan penggunaan perkataan ‘lain-lain’ dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan bagi mengklasifikasikan bumiputera Sarawak tidak disukai oleh masyarakat negeri ini yang mempunyai etnik berbilang kaum.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bersama menteri-menteri Persekutuan dari Sarawak telah membangkitkan isu ini dan sebagai membuktikan kita dekat dengan rakyat Sarawak, maka Jemaah Menteri membuat keputusan meluluskan permohonan untuk memansuhkan perkataan itu.

Sebelum ini, kita menggunakan istilah Melayu, Cina, India dan ‘lain-lain. Selepas ini, Kerajaan akan meletakkan semua kaum bumiputera di negeri ini seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya dalam semua dokumen rasmi serta borang kerajaan.


K7L : Terbaik!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk