Dalam pada krisis DAP-PKR di Pulau Pinang dan Sarawak sedang hangat berlaku. Di Selangor lain pula ceritanya. MB Selangor yang kini dalam proses untuk dibuang oleh DAP telah membuat kenyataan lucu.
Katanya, aktiviti itu sepatutnya menggunakan takungan air hujan yang disimpan oleh mereka, sebelum menjalankan aktiviti tersebut.
“Penduduk kena ingat kos rawat air cukup besar sebab itu kita ambil langkah pro aktif minta rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air bersih,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM162 juta setahun hanya untuk membekalkan air bersih kepada rakyat.
“Tapi saya dapati ramai yang guna air bersih sewenang-wenangnya untuk aktiviti yang sebenarnya boleh gunakan sumber air lain,”katanya.
Mohamed Azmin turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula reka bentuk rumah baharu dibina supaya pemaju membina kemudahan untuk takungan air hujan bagi aktiviti penduduk tersebut. - Sinar
Keris nak tengok MB sendiri takung air hujan yang jarang hujan kat Selangor. Cakap macam tak ada otak. Solusi apa yang dia pakai sebenarnya ni? Ini masalah bila orang kaya bercakap.
Pokok pun dah nak layu sebab kurang hujan dan terlalu panas. Pasal itulah MB sepatutnya luluskan Langat 2 dulu lagi. Ini sibuk sangat dengan projek sendiri yang akhirnya memberi masalah kepada rakyat.
Krisis air yang berlaku ini sebenarnya adalah 'dosa' Kerajaan PKR yang bodoh sombong ketika Kerajaan Persekutuan mahu membantu menyelesaikan masalah tersebut. Sibuk sangat nak itu ini sampai tangguh bukan main lama.
Akhirnya rakyat Selangor sendiri yang dipersalahkan. Siap suruh basuh kereta pakai air hujan dan siram pokok pakai air hujan. Besok lusa suruh basuh baju dan sayur pula pakai air takungan hujan.
K7L : MB suruh anak-anak sendiri buat dulu.. moron...
0 ulasan:
Post a Comment