Sejak kebelakangan ini, isu tanah dan rumah kos rendah di Pulau Pinang hangat diperkatakan di seluruh Malaysia, apabila kerajaan DAP Pulau Pinang terbukti tidak mesra terhadap rakyat golongan bawahan.
Dapat dilihat dengan mata sendiri, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang begitu rakus mengaut keuntungan dengan memberi kelulusan terhadap projek-projek mega dan membina rumah-rumah mewah di negeri itu. Manakala, projek untuk rumah kos rendah amat susah untuk diluluskan.
Sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU12) pada tahun 2008, tiada satu pun projek rumah kos rendah dibina di negeri itu.
Pasti ramai yang hairan kenapa projek rumah kos rendah susah diluluskan, manakala projek mega senang diluluskan. Ini kerana, projek rumah kos rendah hanya mendapat keuntungan yang ‘kecil’ berbanding projek-projek mega.
Guan Eng sendiri telah membuktikan bahawa beliau lebih memfokuskan kepada keuntungan besar berbanding kebajikan rakyat. Lihat sajalah pertikaian beliau mengenai tanah milik Perda di Seberang Perai Selatan (SPS) yang dikhaskan untuk pembinaan rumah kos rendah.
Guan Eng sanggup turun padang ‘melawat’ tanah terbabit, semata-mata mahu mempertikaikan keuntungan yang dimiliki Perda. Sampaikan Guan Eng hina Perda telah menyebabkan kerugian hampir RM15 juta semata-mata mahu membina rumah kos rendah di tanah tersebut. Yang mana tak usik duit dia sesen pun.
Memang tidak dinafikan bahawa Perda mengalami kerugian hampir 15 juta seperti yang didakwa Guan Eng. Tetapi kerugian itu adalah satu ‘bonus’ kepada rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang untuk memiliki rumah dengan kadar yang terendah.
Apakah Guan Eng bersedia untuk rugi untuk rakyat? Tidak sama sekali. Jika tidak masakan dia memilih untuk mengaut untung atas angin untuk dia dan kroninya berbanding bina rumah kos rendah di Taman Manggis?
Inilah dia Kerajaan Negeri paling 'worst' yang pernah wujud dalam Malaysia. Kerajaan yang suaranya hanya satu iaitu Guan Eng sahaja. Ketua Menteri yang ahli DAP sendiri tak suka sebab bukan berasal daripada Pulau Pinang.
Orang Pulau Pinang nak bagi muka lagi pada dia di Air Putih? Cara untuk gagalkan dia jadi Ketua Menteri adalah dia kalah di Pulau Pinang. Sendiri fikirlah nak maju atau terus 'dirompak' keluarga Lim.
K7L : Paling gagal..
0 ulasan:
Post a Comment