26/04/2016

Hati-Hati Naik Eskalator - Tips Bawa Anak Naik Eskalator



Sejak dua menjak ini Keris lihat ada banyak berita tentang kemalangan yang melibatkan eskalator. kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak. Di sini Keris kongsikan tips daripada blog My Life Story Blog :

10 Langkah Keselamatan Kanak-Kanak Ketika Menggunakan Eskalator

  • Sebelum menggunakan eskalator, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh supaya tidak terperangkap di antara alur eskalator.
  • Pastikan anda pegang kuat pemegang tepi eskalator dan sentiasa berpegang tangan dengan anak sepanjang berada di atas eskalator yang bergerak. Larang anak-anak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
  • Pastikan anak tidak bermain, tidak bersandar di tepi atau duduk di atas eskalator yang sedang bergerak.
  • Jangan menggunakan stroller/ kerusi roda ketika berada di atas eskalator. Cuba cari alternatif lain seperti elevator (lif) seboleh mungkin. Terdapat kajian yang dilakukan daripada 13,000 kejadian kanak-kanak yang berkaitan dengan kemalangan menggunakan eskalator, 723 kes adalah melibatkan Stroller. So, sayang anak ke sayang masa? Adalah lebih baik kalau kita luangkan sedikit masa untuk berjalan ke lif untuk menggunakannya sebelum terjadi perkara tak diingini. kan?
  • Mendukung anak ketika menggunakan escalator. Ini adalah lebih baik lebih-lebih lagi kalau anak-anak kita tu masih terlalu kecil dan belum mahir untuk imbangkan badan ketika berada di atas eskalator dan ketika nak keluar dari platform. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kadang-kadang teragak2 bila waktu perlu langkahkan kaki keluar dari eskalator. betul tak? Kalau anak-anak kita berdiri sendiri masa guna eskalator seeloknya masa dah sampai hujung sebelum melangkah tu angkatlah mereka keluar, to be safe.
  • Melangkah ke atas 'comb plate'. comb plate ni yang biasanya terdapat di hujung escalator sebelum melangkah keluar. benda alah ni kalau korang tak tahu sebenarnya merupakan alat keselamatan untuk mengelakkan pengguna berkemungkinan untuk terperangkap di antara jurang langkah dan comb tu. so make sure kita berpijak kat atas tu dan 'mendarat' lah dengan selamat. 
  • Berdiri betul-betul di tengah-tengah eskalator. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator. tidak terlalu ketepi tidak terlalu kedepan atau kebelakang. TENGAH-TENGAH. Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. 
  • Cuba elakkan memakai kasut yang fleksibel. Kajian menunjukkan terdapat Crocs atau jenis kasut yang sama yang boleh menyebabkan kemalangan eskalator. Jika kedudukan kaki anak anda berada di tepi eskalator, ia boleh menyebabkan geseran dan mendapat risiko untuk kami terperangkap di dalamnya. 
  • Perhatikan keadaan persekitaran sebelum menggunakan eskalator. Kita mungkin aware dengan anak kita tapi kadangkala kita tak perasan dengan orang lain disekeliling.Berhati-hati dengan pengguna-pengguna lain yang mungkin tergesa-gesa menuruni/menaiki eskalator tanpa hiraukan pengguna lain terutama anda yang mempunyai anak kecil. Pengguna-pengguna ini mungkin boleh tertolak anak anda. So sebagai langkah keselamatan seeloknya biarkan ruang tangga yang kosong beberapa langkah sebelum menggunakannya.
  • Perhatikan setiap gerak langkah anak. anak-anak yang masih kecil belum faham apa erti keselamatan so as parent kena selalu peka. Jangan buat benda lain macam tengo HP ke, borak2 ke.. etc. Pastikan anak tak berlari, bermain, duduk atau cuba mengambil objek yang mungkin jatuh ketika berada di atas eskalator. Ini boleh menjadi punca kepada kejadian yang tak diingini
K7L : Nanti sambung cerita PRN Sarawak.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk