Sejak daripada malam tadi lagi kecoh di media sosial dan Whatsapp. Pasal wang kemenangan RM30, RM20 dan RM10. Yang melompat lebih tahu siapa? Orang yang naik basikal setahun sekali.
Ada tu siapa cakap jangan simpan duit lah! KBS patut bagi lebih lah. Cuba pakai duit mereka jadi hadiah, mahu mengamuk "Kenapa pakai duit aku!". Sebenarnya isu ini isu remeh yang mereka tak faham sukan akan melompat.
Adakah kamu tahu yang sebelum pertandingan lagi mereka telah diberitahu itulah jumlah wang yang mereka akan dapat jika menang. Sebenarnya adik-adik mahupun mereka yang telah dewasa bukan kejar sangat wang kemenangan.
Yang mereka kejar adalah pingat, rekod dan sijil. Yang komen lebih pun bukan yang masuk. Mereka yang masuk AWAL-AWAL lagi sudah maklum. Its all about passion and spirit kata orang putih.
Apapun mari baca apa cakap YB KJ pasal kes ini :
Terima kasih atas segala pandangan yang diberi tentang program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN). JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini.
Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiah disebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10.
Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.
We want them to grow up with the right values and attitude. Yes, money is important and if they do well in sports, they will be financially rewarded later on but let's not spoil them from when they are young. Let them want to win for the sake of winning, to be the best not because of money but because of determination and honour.
Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata parents yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal. And they were happily there supporting their kids.
Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak.
JCM creates a pathway for champions. Who want to win because of honour. For more information please check out www.jcm.my
Khairy Jamaluddin
K7L : Yang melompat tu pernah bagi hadiah kat orang tak?..
Kalau tak nak hadiah kecil, tak payah la masuk. Apa susah...bodoh betul netizen sekarang ni. bayar cukai RM10 pun tak nak, padahal macam2 dah dapat.
ReplyDeleteSemua benda mahu jadi hallah. Benda takda hal jadikan hallah.Kasi RM10 kata kechiklah. Bagi RM100 kata membazirlah duit rakyatlah. Orang mau main sport cycling bukan mau cari luit hadiah tau. Banyak kecoh ini orang.
ReplyDelete