Kini kisah tidak sehaluan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP nampaknya berkesudahan dengan kisah yang tragis lagi menyedihkan. Sebelum ini mereka telah dijadualkan untuk mengumumkan manifesto bersama namun ianya dibatalakan di saat akhir.
Kini Pakatan Harapan dilihat semakin retak dan masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. Semua ini berpunca daripada kes berebut kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 ini. Sampai masing-masing tak nak bertolak ansur dan terus keras kepala nak bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan PRN Sarawak.
DAP-PKR juga dilihat menggunakan tema yang berbeza antara satu sama lain, isi kandungan manifesto mereka juga memfokuskan matlamat yang berlainan dan menampakkan lagi ketidaksepakatan sesama mereka.
Kalau PKR melancarkan manifesto bertemakan ‘Demi Sarawak’, bagi DAP pula mereka melancarkan manifesto dengan tema ‘Berani Ubah’. Semasa melancarkan manifesto masing-masing, langsung tiada kelibat ahli PKR dalam pelancaran manifesto DAP dan ahli DAP dalam majlis PKR.
Mungkinkah selepas keputusan PRN11 yang akan menyaksikan samada PKR atau DAP yang akan terkubur di Sarawak akan memberi kesan kepada perjanjian yang mereka tandatangi dalam Pakatan Harapan yang lalu ketika mereka tubuhkan?
K7L : Tiba masa Pakatan Harapan tinggal Harapan..
puak pan mesti hampa sbb putrajaya semakin jauh....................
ReplyDelete