15/04/2016

Nah! Pemimpin Kanan DAP Sarikei Umum Keluar Parti!





Setiausaha DAP Sarikei, Wong Ching King mengumumkan keluar parti pada Selasa disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP Sarawak yang dipimpin oleh Chong Chien Jen.

Wong, yang meletak jawatan sebagai seorang guru sekolah menengah untuk menyertai DAP pada 2011, berkata beliau melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.

“Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan saya, yang saya akan hantar kepada Setiausaha Agung parti itu melalui e-mel lewat hari ini (Selasa) dan diikuti oleh satu salinan melalui perkhidmatan kurier,
” - Wong Ching King

Kepimpinan DAP Sarawak telah memijak maruah ahli DAP sebagai anggota parti dan gaya autokratik kepimpinan tertentu DAP negeri telah memusnahkan perpaduan ahli-ahli cawangan dan telah menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap DAP cawangan Sarikei khususnya.

Ada yang berkata dia keluar kerana tidak tersenarai sebagai calon ADUN Repok. Wong yang lebih lama disitu tidak dipilih sebaliknya seorang perempuan muda yang mentah dipilih DAP mengambarkan seolah-olah ahli lama DAP Sarikei tidak layak sebagai calon.

Apapun kini ahli pun hilang percaya. Sampai keluar parti. Itu tandanya Chong Chien Jen memang seornag yang gagal.

K7L : Kita akan tengok PKR akan kalah dan DAP akan mengurangkan kerusi mereka di Sarawak...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk