13/04/2016

DAP Tuduh BN Sarawak Tak Buat Kerja? - Ini Kisah Pembangunan Sarawak!



Telah diluluskan peruntukan khas RM200,000 bagi menaik taraf Dewan Kelab Kesatuan Melayu (MUC) Kampung Nyabor. Sekaligus dapat membantu pembangunan untuk menarik lebih banyak pelancong ke Bandung Walk, medan selera popular di Kampung Bandung yang juga destinasi pelancongan terkemuka di bandar tersebut. 

Peruntukan RM200,000 itu dimohon bagi memperbesarkan dewan ini, termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada kerana kepentingannya sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan setempat.

Kelak tempat tersebut akan menjadi pusat perkembangan aktiviti masyarakat, juga mampu menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi penduduk setempat, terutama peniaga makanan dan minuman.


Lebuhraya Pan Borneo ialah laluan utama, tidak ada jalan alternatif, ini perlu diperjelaskan kenapa tol tidak dikenakan di sini. Di Semenanjung, laluan utama ialah lebuh raya utara selatan yang ada juga jalan alternati. 

Dengan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan laluan utama di Sarawak yang tidak dikenakan tol untuk cepat sampai ke destinasi tertentu.

Apabila siapnya projek lebuh raya ini nanti ia bukan sahaja menambah baik infrastruktur Sarawak, tetapi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada semua rakyat di negeri ini. 

Projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936km jalan di Sarawak dan 727km untuk Sabah. 

Inikah yang DAP kata BN tak buat kerja di Sarawak? BN buat kerja tak cakap banyak. Tapi DAP tak buat kerja tapi asyik cari salah!

K7L : Hidup BN!...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk