17/03/2016

#Throwbcak DAP Pecat PAS Sebelum Ini - PKR Baru Kena Lagi!



Keris yakin ramai yang sudah terlupa dengan kes SU Badan Perhubungan PAS yang juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulai Pinang, Iszuree Ibrahim yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendedahkan punca sebenar beliau disingkir daripada jawatan itu.

Ketika masih memegang jawatan itu beliau sering mempersoalkan tentang kelulusan mendadak yang mahu diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap permohonan premis judi.

Akibat tindakan itu, dakwanya, beliau mula tidak disenangi wakil DAP di dalam majlis itu, manakala wakil PKR lebih banyak berdiam diri.

“Di kawasan Jalan Penang, ketika mula memegang jawatan hanya terdapat sekitar 20 premis hiburan seperti pub, rumah urut dan kedai judi.

“Tetapi jumlah itu meningkat secara mendadak kepada 120 permohonan dan perkara inilah yang sering saya persoalkan,” dakwanya ketika mengadakan pertemuan dengan ahli PAS di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Iszuree mendakwa beliau telah memanjangkan perkara itu kepada Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail, namun tidak mendapat maklum balas.

Malah dakwanya, beliau juga difahamkan ketika itu kelulusan rumah urut dan premis judi diserahkan kepada pegawai bukan beragama Islam.

“Dalam mesyuarat ahli majlis pula, hanya dua wakil PAS, manakala selebihnya daripada DAP dan PKR. Bayangkan betapa sukarnya saya untuk mempersoalkan perkara ini.

“Tentangan saya tidak disenangi pemimpin DAP kerana mereka mendapat sumbangan dana daripada pemilik kedai judi. Saya dilihat menggangu pemilik-pemilik premis judi,”katanya.

Iszuree yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada September tahun lalu mendakwa, beliau telah menggunakan pelbagai saluran untuk membangkitkan isu berkenaan, namun tidak berjaya.

“Kemuncaknya apabila saya mendapat aduan daripada ibu bapa pelbagai kaum di Bukit Jambul yang mengatakan anak mereka yang masih bersekolah terlibat dengan permainan judi di situ dan bagi saya masalah ini semakin serius dan tindakan segera perlu dilakukan,”katanya.

Iszuree mendakwa, beliau mengambil peluang menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng tahun lalu yang ketika itu mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ketika itu riak wajah kurang senang Guan Eng jelas dapat dilihat dan ucapan beliau ketika di Muktamar PAS di Batu Pahat kononnya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri hanyalah alasan untuk menghukumnya.

“Kelantangan saya mempertikaikan permohonan premis judi menyebabkan wujud gerakan untuk memecat saya,”katanya – Utusan Malaysia, 24 Nov.


Boleh faham apa jadi kalau bernai beri kuasa kepada DAP? Akhirnya DAP tunjuk juga sifat terpendam mereka yang merancang untuk kebaikan rakyat. Paling zalim bukanlag BN/UMNO tetapi parti DAP dan penyokongnya.


K7L : Pasal tak lulus judi terus jadi haram...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk