02/03/2016

Mat Sabu Akui PAN Memang Mahukan Kuasa?



Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mengesahkan pemimpin Pas yang mengikut jejak langkahnya merupakan pemimpin yang gila kuasa.

Menurut Mat Sabu, beliau serta rakan-rakannya yang lain menubuhkan parti Islam yang baru kerana kecewa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu menguasai pentadbiran negara.

"Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (PAN) nak rebut kuasa. Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa," kata Mat Sabu.

Maksud Presiden Pas tidak mahu menguasai pentadbiran negara bukan seperti dimaksudkan Mat Sabu... Sebaliknya, maksud Hadi adalah tidak mahu menguasai pentadbiran negara dengan cara 'kotor'.

Tak mengapalah. Apapun kita dah lihat yang sebenarnya PAN ini hanya mahukan kuasa. Bukan berjuang untuk rakyat. Selama hari ini merek abawa slogan rakyat hanyalah satu ucapan hipokrit semata-mata.

K7L : Jangan buat silap..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk