22/03/2016

Rakyat Malaysia Ada Masalah Gigi?



Kajian yang dilakukan Kementerian Kesihatan mendapati sembilan daripada 10 penduduk dewasa negara ini mempunyai penyakit periodontal dan karies gigi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, 40 hingga 75 peratus pelajar sekolah mempunyai karies gigi dan 76 peratus daripada kanak-kanak berusia lima tahun pernah menghadapi masalah itu.

Kesedaran mengenai kebersihan gigi masih kurang memuaskan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai hanya akan datang ke klinik pergigian mendapatkan perkhidmatan apabila mempunyai masalah gigi.

Kementerian akan mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran agar rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan pergigian sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kesihatan pergigian,

 

Sebenarnya dengan menjaga kesihatan gigi dan mulut, ia dapat mengelak daripada berbagai penyakit yang serius.

Gigi merupakan salah satu bahagian yang sangat penting pada tubuh manusia, jika gigi anda bermasalah (sakit gigi) maka anda akan mengalami kesulitan bercakap, makan dan menyebabkan hari-hari anda terganggu.

Jika kita mengabaikan kesihatan gigi dan mulut, maka akan menjadi sarang kuman di dalam rongga mulut yang dapat menyebabkan kerosakan gigi. Apa perlu kita buat? 

K7L : Mencegah lebih baik daripada merawat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk