22/03/2016

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Turki!


 

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pengeboman kereta yang berlaku di Ankara pada 17 Februari 2016 yang telah meragut 28 nyawa dan mencederakan 61 orang yang lain.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Turki dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut. Kerajaan Malaysia menganggap serangan tersebut sebagai satu tindakan keganasan dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara telah mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Ankara.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.

Kementerian Luar Negeri juga ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Turki untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki.

K7L : Jangan tuduh Islam kerana Islam tidak mengajar kepada keganasan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk