18/03/2016

PasMa Pula Masuk Gelanggang Panaskan PAS-UMNO?



PasMa mencadangkan supaya Pas menyertai BN daripada bekerjasama dengan parti lain untuk membentuk blok politik ketiga bagi menghadapi PRU14.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ini kerana pendekatan itu hanya akan merugikan pembangkang apabila berlaku perpecahan sokongan dan undi.

“Setakat ini matlamat untuk mewujudkan demokrasi yang berkesan hanya perlu ada sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan Harapan.

“Tapi saya tengok penubuhan blok ketiga hanya merugikan pembangkang. Walaupun demokrasi dibenarkan tapi pembangkang yang rugi,” katanya.

Menurutnya, untuk menjadikan sistem demokrasi lebih berkesan, maka Pas tidak perlu mewujudkan blok ketiga, sebaliknya boleh memilih untuk menyertai BN ataupun Pakatan Harapan.

“Kalau kewujudan blok ketiga ini dilihat memihak kepada BN, maka lebih baik Pas sertai BN daripada merugikan pembangkang.

Haha! Yang ini paling kelakar! Sebab PasMa cakap penubuhan blok ketiga pembangkang itu juga diyakini tidak mampu memberi saingan kepada Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kalau mereka tidak goyang dengan gabungan PAS dan Ikatan yang hadir sebagai pilihan ketiga selepas BN dan Pakatan, kenapa mereka nak bising dan bimbang? Diam sahajalah dari memekak.

Sebenarnua mereka tahu mereka akan kalah teruk dan PAS akan terima lebih banyak kerusi pada PRU14 kelak. Yang pasti BN masih memerintah. 

K7L : InsyaAllah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk