17/03/2016

Rafizi Kena Lagi - Kali Ini Dengan MP Kota Tinggi Pula!





Tidak cukup dengan tindakan disekolahkan oleh Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai dan MP Bandar Baru tempoh hari dan kini giliran  MP Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, telah membelasah MP Pandan, Rafizi Ramli kerana sengaja cuba mengelirukan ahli Dewan Rakyat dan orang ramai apabila memberikan fakta kewangan yang tidak sesuai untuk menggambarkan kelemahan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH).

MP Kota Tinggi menegaskan perlakuan serta tindakan mengelirukan MP Pandan berkenaan di dalam Dewan Rakyat yang ditonton mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) perlu disekat bagi mengelak kekeliruan dan persepsi negatif terhadap Kerajaan.

MP Kota Tinggi berkata saban tahun memberikan pulangan dividen yang positif kepada setiap pelaburnya. Mengikut rekod TH, syarikat berkenaan tidak pernah memberikan dividen kurang daripada 5% semenjak 2007, tidak termasuk bonus yang diberikan TH sebanyak di antara 1% hingga 1.75%.


Menurut MP Kota Tinggi, di dalam perniagaan memang ada untung, memang ada rugi, mana ada sentiasa untung sahaja, tapi yang pastinya tiap petanda aras tiap-tiap tahun TH bagi dividen yang baik, bermakna tiap-tiap tahun TH ada keberhasilannya yang baik. Beliau memberikan contoh, "Dalam 50 portfolio, ada 10 yang rugi tapi 40 yang untung dia tak cakap, sebab itu saya kata dia cuba kelirukan dewan."

MP Pandan sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat berkata, dividen Tabung Haji kepada pendeposit meningkat kerana berlaku penambahan bilangan pendeposit setiap tahun dan bukan kerana keuntungan pelaburan TH sendiri.

Perkara itu bagaimanapun diselar MP Kota Tinggi kerana Laporan Kewangan TH setiap tahun jelas menunjukkan butiran fakta yang cuba dikelirukan Rafizi iaitu berlaku pertambahan bilangan pendeposit dan begitu juga keuntungan pelaburan TH.

Ini kerana TH dalam pengumumannya sebelum ini melaporkan sebanyak RM3.23 bilion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit dan daripada jumlah tersebut, kadar dividen kepada pendeposit tahun 2015 adalah sebanyak 5 peratus, sementara tambahan bonus haji sebanyak 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Menurut rekod, keuntungan TH pada 2015 sebanyak RM3.53 bilion. Namun, selepas mengambil kira pandangan Bank Negara dan prospek ekonomi pada tahun ini, pihak TH akan menyimpan RM300 juta dari Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih.

Cubaan MP Kota Tinggi untuk memperincikan butiran hujah beliau bagaimanapun diganggu MP PKR Kapar, Manivanan Gowind yang sengaja membuat kecoh bagi mengalih tumpuan dan perhatian daripada penjelasan yang cuba dibuat.

Ironi yang sangat menarik dan hakikat yang harus diterima adalah Rafizi mengakui memiliki sejumlah wang simpanan dalam TH dan sehingga kini tidak bertindak untuk mengeluarkannya, sekaligus tindakan beliau jelas mengiktiraf keupayaan pengurusan kewangan TH, berbanding cubaan nakal beliau untuk mengelirukan rakyat.

K7L : Bersungguh sangat fitnah pada TH ni...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk