10/03/2016

Malaysia Tidak Beri Peluang Kepada Kumpulan Ekstremis!



Kerajaan berikrar untuk tidak memberi ruang kepada keganasan atau ekstremis keganasan menyusup masuk ke dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata negara telah menggubal undang-undang untuk melindungi negara daripada ancaman itu seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Cara terbaik untuk menjamin kebebasan awam adalah dengan mengekang sebarang tindakan keganasan bagi memastikan keselamatan negara terjamin, katanya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini hari ini.

Beliau berkata tidak wujud kebebasan awam dalam kumpulan militan Daesh dan tiada perisai terhadap mereka yang berhasrat melakukan perbuatan keganasan.

“Saya tidak akan memohon maaf, saya ulangi, saya tidak akan memohon maaf bagi setiap langkah diambil demi memastikan keselamatan, dan bagi mementingkan aspek keselamatan untuk semua rakyat Malaysia sebagai keutamaan saya.

“Kami tidak akan tunggu sehingga kekacauan berlaku sebelum mengambil semua langkah yang perlu. Ini prinsip kami,” katanya.

Perdana Menteri berkata kumpulan militan Daesh telah menyebabkan rakyat di Syria dan Iraq menderita, berjuta-juta kehilangan tempat tinggal dan sejak itu masyarakat global gerun dengan serangan di Paris, Istanbul, Ankara, Beirut dan Jakarta serta pengeboman pesawat penumpang Rusia di ruang udara Sinai.

Susulan telah dibayangi oleh Daesh, Al-Qaeda kini dilihat cuba menyainginya dengan cara berkerjasama dengan kumpulan pengganas Islamic Maghreb dan kumpulan itu baru-baru ini melancarkan serangan ke atas hotel-hotel di Mali dan Burkina Faso, katanya.

“Ratusan orang terbunuh, dan banyak yang cedera parah. Dan untuk apa? Bukan untuk Islam kerana tiada yang Islamik tentang keganasan. Kumpulan-kumpulan ini mengkufuri agama yang cintakan keamanan, toleransi dan persefahaman.

“Mereka mengejutkan majoriti umat Islam yang dengan jelas menyatakan: ‘anda tidak mewakili kami,” katanya.

Najib berkata bahagian penting dalam usaha memerangi ekstremisme keganasan adalah dengan menghapuskan penyelewengan dan pembohongan tentang agama.

Beliau berkata dengan memberikan penjelasan tentang ajaran Islam, akan menunjukkan dengan jelas bahawa ekstremis adalah golongan yang kufur dan tindakan mereka telah menghina kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad saw.

Najib turut mengumumkan Malaysia telah menterjemahkan modul pemulihan khas ke dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis, yang selaras dengan Resolusi 2178 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang mahukan negara anggota merumuskan program untuk memulihkan pejuang pengganas asing.

Untuk merealisasikan iltizam tegas Malaysia, beliau berkata negara telah mengusahakan penubuhan Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, yang akan menyelaraskan usaha di ASEAN dan melangkauinya.

Beliau berkata pusat itu akan memanfaatkan kajian-kajian bahawa negara yang telah ditubuhkan oleh Daesh adalah “tidak Islamik”.

“Kalangan mufti kita, suruhanjaya-suruhanjaya media kita, golongan muda kita yang arif tentang teknologi dengan media sosial menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian mereka, akan memastikan mesej-mesej dihantar pusat itu adalah kukuh, bersifat memujuk dan nyata,” katanya.

Najib berkata pusat itu perlu menyatakan dengan jelas bahawa kumpulan-kumpulan militan adalah salah dan Islam tiada kaitan dengan ideologi kebencian dan kebinasaan yang dibawa mereka.

IDC 2016 menyaksikan penyertaan kalangan menteri daripada negara anggota ASEAN dan sembilan Rakan Kongsi Strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, Itali, Jepun, China, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama

Perkara ini bukanlah satu benda yang boleh dibuat main dan dipandang enteng. Sejarah dunia sendiri melihat Presiden Amerika dua kali mati ditembak. Biarpun ianya garapan masonik temasuk runtuhnya WTC, tetapi ini tidak bermakna Malaysia yang merupakan negara pendokong gerakan Islam Dunia boleh terlepas.

K7L : Jangan beri peluang!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk