11/03/2016

Husam Pula Ingin Cuba Nasib Bertanding Presiden PAS?


 

Ramai yang terhapus daripada politik PAS selepas Pemilihan 'cleansing' yang dibuat oleh PAS untuk menidakkan mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan Presiden PAS tetapi berjabat tangan dengan DAP.

Hanya Husam seorang sahaja yang masih berada didalam PAS yang merupakan 'favor' DAP untuk kekal dan hancurkan PAS dari dalam. Ini kerana Husam dikenali sebagai samseng PAS yang banyak duit.

Jadi kini Husam merupakan duri dalam daging yang terkeluar durinya dan nampak dengan jelas sekali. Kini politik Husam juga nampak kabur dan kemungkinan besar dia tidak lagi dicalonkan PAS untuk bertanding di DUN Salor.

Kemungkinan besar Husam akan bertanding sebagai calon PAN di Putrajaya kerana dia diperlukan untuk mengalahkan Heavyweight UMNO, YB Tengku Adnan Tengku Mansor yang dia sendiri tidak dapat lawan.

Kini kita lihat kelantangan Husam yang kerap mengkritik Presiden PAS. Dikatakan Presiden PAS perlu ditukar ganti dan Haji Hadi perlu berundur kerana dilihat terlalu bersekongkol dengan pucuk pimpinan UMNO.

Jadi apakata kita cadangkan kepada Husam supaya menyatakan hasratnya untuk melawan Haji Hadi yang telah mengalahkan Ahmad Awang dengan majoriti undi penuh bergaya pada pemilihan akan datang.

Bertanding terus Presiden PAS barulah dapat ubah PAS ikut kehendak hari Husam. Dan kemungkinan besar juga yang itulah sebabnya dia dirancang oleh pihak ketiga untuk terus kekal di dalam PAS.

K7L : Apa sebenarnya susunan permainan Husam?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk