10/03/2016

#Throwback Pengurangan Caruman KWSP Untuk Bantu Rakyat!



Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa pembentangan semakan penyesuaian semula Bajet 2016, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja daripada 11% kepada 8% untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun dan daripada 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, mulai gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.

Walau bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11% dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (KWSP 17A Khas2016) dan perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada pejabat KWSP yang berhampiran.

Pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas2016 di laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari 2016. Manakala jadual baharu Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga) boleh dimuat turun mulai 16 Februari 2016.

Untuk makluman, tiada apa-apa perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan.


Soalan-Soalan Lazim Penurunan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja Mulai Upah/Gaji Mac 2016

Borang KWSP 17A (Khas2016)

Ini maklumat untuk yang masih belum faham. Bimbang juga mana tahu ada YB lain yang ingin bergurau macam Rafizi yag tidak ada otak dan jadikan fitnah makanan rujinya. Apapun kita lihat kini rakyat diutamakan secara halus.

K7L : Dari rakyat, kerana rakyat, untuk rakyat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk