10/03/2016

Beza Hospital Swasta Dan Hospital Kerajaan! - Tolong Jangan Kufur Nikmat!



Tabir kain, yang mengelilingi katil pesakit dalam sebuah wad di salah sebuah hospital awam di sini, tertutup begitu rapat.

Peperiksaan akhir kursus perubatan sedang berlangsung dan seorang mahasiswa perubatan "seperti cacing kepanasan" bila beliau disoal secara bertalu-talu oleh para pemeriksa tentang keadaan kesihatan pesakit tersebut.

Deringan loceng menandakan waktu untuk pelajar tersebut telah tamat dan beliau dengan begitu lega sekali keluar meninggalkan wad itu, manakala para pemeriksa pun mengambil peluang untuk berehat seketika.

"Rakyat Malaysia begitu beruntung. Mereka menikmati kemudahan kesihatan yang antara terbaik di dunia," kata Dr K. Prataap dari Kolej Perubatan Madras.

Dr Prataap merupakan salah seorang pemeriksa luar yang dijemput untuk menilai prestasi mahasiswa perubatan tempatan dalam peperiksaan tersebut.

BERMUTU TAPI MAMPU

Kata Dr Prataap, kerajaan Malaysia memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang mampu dibayar oleh penduduk negara ini.

"Rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih atas perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang disediakan kerajaan yang sudah tentunya membelanjakan jumlah yang besar dalam bajet tahunannya untuk tujuan tersebut," kata beliau.

Dr Prataap berkata beliau kagum dengan wujudnya pusat-pusat kesihatan, klinik dan hospital awam yang banyak di Malaysia.

"Sudah tentu rakyat Malaysia menikmati kemudahan perubatan antara yang terbaik di dunia. Infrastruktur perubatan di negara ini adalah lebih baik daripada beberapa negara lain yang dianggap lebih maju".

Beliau berkata Malaysia mempunyai klinik kesihatan awam di merata tempat termasuk juga di kawasan-kawasan pedalaman. Manakala penduduknya menerima kemudahan perubatan yang telah disubsidi oleh kerajaan, sesuatu yang tidak berlaku di negara-negara lain.

"Lihatlah klinik dan pusat kesihatan awam di sini (Malaysia). Kemudahan ini dilengkapi dengan kakitangan kesihatan terlatih serta ubat yang mencukupi. Begitu mengagumkan," katanya kepada Bernama.

HOSPITAL, UBAT

Dr Prataap berkata di negara-negara lain, orang ramai hanya boleh mendapatkan rawatan di klinik awam pesakit luar sahaja.

"Di klinik-klinik ini, doktor akan memeriksa pesakit dan memberitahu diagnosis. Bagi kes yang agak berat, pesakit akan dirujuk ke hospital tapi bayaran untuk rawatan hospital dan prosedur-prosedur lain amat mahal".

Ujar beliau, jika rakyat tiada insurans perubatan, amatlah sukar bagi mereka untuk mendapat rawatan kerana tiada subsidi dari kerajaan mereka.

Bagi mereka yang dianggap hanya sakit biasa, akan diberi preskripsi ubat sahaja.

"Tapi ubat tiada di situ (klinik awam) dan terpaksa dibeli di farmasi luar. Rakyat Malaysia memang beruntung kerana semuanya terdapat di bawah satu bumbung dan amat murah, seolah-olah percuma sahaja.

"Hinggakan rakyat asing seperti pekerja-pekerja kontrak dapat ubat yang begitu murah dari hospital awam," kata pensyarah Kolej Perubatan Madras tersebut.

PEKERJA SOSIAL

Pekerja sosial Lim Kui Seng bersetuju dengan pandangan Dr Prataap.

"Perhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia. Di negara lain, jika anda tidak mampu, anda tidak akan dapat rawatan perubatan kerana kos yang mahal.

"Tapi situasi ini tidak berlaku di Malaysia, sekurang-kurangnya dengan kerajaan yang memerintah sekarang yang meletakkan keutamaan terhadap penjagaan kesihatan rakyat," kata Lim.

Jelas beliau, rakyat Malaysia tidak boleh memberi alasan yang mereka tidak mempunyai kewangan cukup untuk mendapatkan rawatan perubatan.

"Mereka boleh mendapat bantuan dari badan-badan seperti Perkeso. Bagi orang Islam, ada badan-badan seperti Baitulmal yang memberi bantuan untuk menampung kos rawatan perubatan," kata Lim lagi.

Mengikut Dr Prataap, di negara lain jika seseorang tidak mempunyai wang bermakna beliau tidak akan mendapat kemudahan rawatan perubatan.

"Tiada wang, tiadalah rawatan. Akhirnya mereka yang sakit akan sengsara," kata beliau.

SUBSIDI YANG BANYAK

Bagi Dr Hassan Eusofee, kos penjagaan kesihatan rakyat Malaysia telah disubsidikan dengan begitu banyak oleh kerajaan.

"Contohnya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Institusi ini menanggung subsidi yang begitu banyak bagi orang awam yang mendapat rawatan di klinik pesakit luarnya.

Pusat tersebut juga menanggung kos rawatan kakitangan kerajaan dan mereka yang telah bersara. Mereka ini tidak perlu membayar apa-apa untuk rawatan pesakit luar dan diberi kadar yang begitu murah untuk rawatan pesakit dalam. Manakala kos-kos prosedur-prosedur lain seperti pembedahan, CAT Scan dan ultrasound adalah juga percuma.

"Kalau kena bayar pun, hanya merupakan jumlah yang kecil amat sahaja, contohnya hanya RM6 sehari untuk tinggal dan mendapat rawatan di wad".

Bagi Dr Hassan, adalah agak pelik jika ada orang yang mengatakan kos ubat di institusi kesihatan awam adalah mahal.

"Cuba dapatkan ubat-ubat ini di tempat lain -- klinik atau hospital swasta. Sudah tentu empat atau lima kali lebih mahal daripada PPUM," kata doktor graduan Universiti Malaya (UM) itu.

Lim menjelaskan, pesakit yang dikenakan bil perkhidmatan yang tinggi, mereka boleh membayar secara ansuran.

"Hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) atau PPUM tidak seteruk yang disangka sesetengah pihak. Institusi ini memberi rawatan terbaik dan dilengkapi peralatan terkini.

"Walau bagaimanapun, sumber kewangan mereka agak sempit kerana institusi-institusi ini tidak menerima pulangan sepatutnya daripada perkhidmatan mereka".

Jelas beliau lagi, hospital kerajaan terpaksa menampung jumlah pesakit yang begitu tinggi, jadi kalau orang ramai merungut tentang tempoh menunggu yang lama, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

"Sudah tentu hospital-hospital swasta memberi kemewahan seperti bilik berhawa dingin, dengan TV Astro. Tapi adakah pihak umum pernah menyoal yang kakitangan sokongan mereka seperti jururawat terlatih atau sebaliknya".

JURURAWAT TIDAK TERLATIH

Kata Dr Hassan, orang ramai tidak sedar yang beberapa pusat perubatan swasta mengambil mereka yang tidak terlatih bekerja sebagai jururawat.

"Beroperasi daripada beberapa buah rumah kedai yang telah diubahsuai, pusat-pusat perubatan swasta ini biasanya tidak mempunyai pakar-pakar sendiri dan bergantung kepada doktor-doktor serta pakar-pakar luar".

Pakar-pakar ini biasanya akan melawat pusat-pusat tersebut hanya sekali atau dua kali seminggu dan akan menulis rancangan rawatan yang akan dijalankan oleh jururawat atau doktor lain di institusi-institusi itu, tambah beliau.

Seperti apa yang dikatakan Dr Prataap, rakyat Malaysia begitu beruntung dengan kualiti penjagaan kesihatan yang cukup murah di negara ini.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang begitu prihatin terhadap kualiti hidup rakyat negara ini.

K7L : Orang yang duduk di India cemburu dengan rakyat Malaysia..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk