10/03/2016

Harga Barang Naik? Jadilah Pengguna Bijak!


 

FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBELI

Membelanjakan wang adalah mudah tetapi membelanjakan wang berdasarkan maklumat yang berguna tidak semudah itu.

Justeru, sebelum membeli sesuatu produk, pastikan anda mengikuti saranan yang disyorkan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Perseorangan.

* Buat perbandingan produk

Untuk meneliti sesuatu produk, adalah wajar jika dibuat satu senarai mengenai ciri-ciri yang diinginkan. Kemudian bandingkan beberapa produk yang sama jenis daripada beberapa buah kedai.

* Bandingkan harganya


Bandingkan harga dan pastikan ia sudah meliputi semua bayaran, caj dan cukai serta bayaran pos atau kos penghantaran.

Jika anda membeli produk dari luar negeri, pastikan harganya sudah merangkumi duti kastam atau kos-kos lain apabila barangan itu masuk ke negara ini.

* Teliti warantinya


Semak sama ada produk itu mempunyai waranti. Seelok-eloknya bandingkan waranti yang ditawarkan dengan beberapa barangan atau jenama untuk melihat apakah perlindungan yang diberikan. Ini kerana tidak semua waranti adalah sama. Sesetengahnya memberi ganti rugi sepenuhnya manakala yang lain hanya membaiki atau menggantikan bahagian-bahagian yang rosak sahaja.

* Teliti prosedur aduan

Anda juga perlu menyemak sama ada penjual itu mengendalikan sebarang bentuk aduan atau adakah mereka merujuk kepada pengeluar atau pembuat produk itu.

* Periksa keselamatan produk


Paling penting, anda harus menyemak sama ada produk itu menepati standard piawaian keselamatan negara ini. Cara paling mudah ialah dengan melihat sama ada tertera logo persijilan SIRIM pada produk itu.

* Buat aduan


Seandainya anda tidak berpuas hati dengan sesuatu produk, segera hubungi pekedai di mana produk itu dijual.

Hubungi sendiri sama ada dengan menelefon atau menulis kepadanya. Catatkan bentuk hubungan anda dari segi waktu dan butir-butir perbualan anda itu.

Apabila berurusan dengan tempat untuk mengadu, sentiasa kemukakan bentuk aduan anda dengan jelas dan tenang serta cuba kawal emosi anda. Jika usaha ini tidak berjaya atau anda berdepan dengan masalah, cuba hubungi pegawai atasannya.

Lazimnya, aduan bertulis lebih berkesan. Berikan sedikit masa untuk syarikat atau kedai itu untuk bertindak berdasarkan aduan anda.

Jika anda masih menemui jalan buntu, usaha seterusnya ialah dengan melaporkan kepada tribunal untuk penyelesaian secara rasmi.

Penyelesaian dan keputusan adil boleh dicapai menerusi tribunal dan prosesnya juga lebih cepat.

Hakikatnya, memiliki tahap kepekaan yang tinggi terhadap hak pengguna penting untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup lestari yang juga mampu melindungi diri dan keluarga mereka daripada pelbagai ragam muslihat dunia perniagaan.

K7L : Jangan salahkan kerajaan.. kita kena buat sendiri..

1 ulasan:

  1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
    Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

    *angka ritual gaib singapura

    *angka ritual gaib hongkong

    *angka ritual gaib malyaisia

    *angka ritual gaib sidney

    *angka ritual gaib kuda lari.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk