Bolehkah mana-mana Sekolah milik penuh Kerajaan Persekutuan mengadakan promosi barangan milik sesuatu syarikat di dalam kawasan sekolah? Apakah perkara ini sudah mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pelajaran negeri mahupun pusat? Guru Besarnya tidak faham atau buat-buat tak faham? Adakah Guru Besar Sekolah Rendah berkenaan begitu kemaruk dengan penajaan? - CTS
Rata-rata ramai yang kecam sahabat Keris iaitu CTS berikutan komen dan pertanyaan berkaitan tajaan untuk sekolah daripada Pamoga Qu Puteh. Hmmm. Isu tajaan ini nampaknya sudah jadi trend.
Jika dulu kita biasa dengar orang kaya ditaja perkahwinannya, yang mana orang itu memang sudah ada duit tetapi ditaja sampai jutaan ringgit untuk majlis kahwin walhal ada yang lebih ramai lagi patut ditaja bagi yang tidak berkemampuan.
Walaubagaimanapun nampaknya kali ini industeri kecantikan pula 'masuk padag'. Rancanagn televisyen sudah, pasukan bola sepak sudah dan terbaru tajaan kepada sekolah pula.
Sebenarnya menaja Sekolah ini amatlah mulia. Namun pada pendapat Keris ia sedikit tidak 'best' bila sekolah dijadikan tempat promosi. Benar ketika PIBG boleh buat jual-jual tapi kenapa di Sekolah?
Nyam nyam terus cantik akan jadi kulum kulum terus keras... Sebagai ex NYDP beberapa penggal di beberapa buah sekolah, aku rasa nak tak taja tu boleh tapi jangan lah ada udang di sebalik mee.. Taja lah demi menaikkan prestasi anak anak kat sekolah, bukan nak naikkan sales syarikat... Ada faham...
ReplyDelete