25/02/2016

Mat Sabu Tengah Mengemis - Amanah Mungkin Akan Bankrup?



Sebagai sebuah parti baharu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mengakui berdepan masalah kewangan untuk menguruskan parti terutamanya melibatkan kos operasi bulanan.

Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAN memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk pengurusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan parti.

Menurutnya, PAN kini hanya ada lima kakitangan di peringkat pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung, dua timbalan dan dua kakitangan lain.

“Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.

“Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat di Wisma PAN Pahang di Taman Chengal di Temerloh, hari ini.

Sebelum ini, media alternating telah mendedahkan PAN sebuah parti yang berlagak mewah dengan pembukaan pejabat pusat dan negeri serta program jamuan makan malam, walaupun majoriti penggerak parti itu bukan bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Nampaknya Dana Israel DAP dah boleh dikongsi dengan Amanah. Jika tidak kita akan lihat mereka semua ini diserapkan dalam DAP. Ada kemungkinan juga akan wujud Sayap Parti Melayu dalam DAP. 

K7L : Tidak mustahil..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk