Kita masih ternanti-nanti bilakah DAP mahu ambil tindakan terhadap Razali bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng yang terbaru mendedahkan pasal tawaran Israel kepada DAP dan dan RM1.2Billion. Bagaimana pula pasal Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz?
Tunku Abdul Aziz yang pernah berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP mmelaungkan slogan anti rasuah.
“Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja.
“Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat.Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,”katanya.
Tunku Aziz juga turut mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah menjadikan DAP sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam mentadbir parti itu.
Menghairankan, mengapa sehingga kini tiada peguam di dalam DAP langsung tidak berani memfailkan saman terhadap Tunku Aziz. Sudah berkali-kali dia mendedahkan “kekotoran” dan “kejijikan” dalaman DAP, tapi langsung tiada saman terhadapnya?
Apakah DAP sedar bahawa pendedahan-pendedahan itu sememangnya benar dan DAP akan kalah kes sekiranya perkara itu dibawa ke kamar mahkamah? Samanlah Tunku Aziz kalau berani.
K7L : Kita tunggu..
DAP pandai sikit kot bab ni. Malas nak layan anjing kurap menyalak. Baik bergaduh ngan BN dari org tua yg tak berjadah.
ReplyDelete