Hari ini saya yakin yang Rafizi Ramli adalah amatur di dalam hal ehwal analisis kewangan.
Beliau mendakwa Tabung Haji mungkin akan kehilangan sehingga RM3 billion sekiranya indeks Bursa Saham Malaysia susut 10% pada tahun 2015 dan rizabnya adalah negatif.
Begitu mudah analisis dari Rafizi ini!!
Beliau sekali lagi salah atas sebab-sebab berikut:
1) Bursa hanya susut 5% pada tahun lepas, bukan 10%.
2) Malah jika Bursa susut 5% sekalipun, ianya tidak bermakna kesemua pegangan saham dan ekuiti Tabung Haji telah jatuh. Ada yang rugi tapi ada yang untung – sebab itulah anda ada apa yang dipanggil sebagai portfolio pelaburan.
Mengapa anda fikir mutual fund daripada Public Mutual dan Prudential masih membayar dividen dan bonus? Mereka melabur dalam pasaran saham Bursa yang sama seperti TH juga, betul? Atau adakah Public Mutual dan unit amanah lain juga kehilangan wang dan rizab negatif? Gunakanlah otak!
3) Hanya sehingga 50% pelaburan TH adalah di dalam bentuk ekuiti – dan tidak kesemuanya disenaraikan di bursa saham. Hampir 30% adalah di dalam pasaran kewangan (sekuriti kerajaan, bon dan sebagainya) dan 20% lagi di dalam hartanah – yang masih lagi memberikan keuntungan yang positif.
4) Rafizi gagal untuk mengakui pelaburan berbilion Tabung Haji di dalam sektor hartanah London telah membuahkan pulangan 200% dalam tempoh dua tahun yang TH dengan bijak menunaikan dengan keuntungan sangat tinggi.
5) Banyak pegangan saham dan pelaburan ekuiti Tabung Haji membuahkan dividen – tanpa mengira prestasi saham tersebut.
6) Rafizi gagal memahami yang beberapa pelaburan terbesar Tabung Haji di dalam pasaran saham telah melebihi paras 20% di mana Tabung Haji perlu menyatukan akaun pelaburan tersebut dan tidak boleh menggunakan penilaian harga pasaran semata-mata. Syarikat-syarikat itu termasuklah Bank Islam, iaitu pelaburan ekuiti terbesar Tabung Haji di mana ia memiliki 53.6% saham (keuntungannya berkembang pada tahun 2015) dan TH Plantation (pemilikan 72.8%).
CEO TH telah pun menjelaskan yang komen awal BNM mengenai rizab September TH tidak mengambil kira aset, hartanah dan pegangan Tabung Haji yang selebihnya.
Juga, penegasan Rafizi mengenai rizab TH adalah negatif adalah satu bentuk penghinaan kepada Ketua Audit Negara yang telah mengaudit akaun dan mengesahkan yang rizab tersebut adalah positif maka ianya mampu untuk membayar dividen.
Yang lebih kelakar, Rafizi mengatakan ini terhadap TH dan Bank Islam:
“Aset-aset ini tidak boleh dicairkan kerana ianya dalam bentuk pinjaman yang diberikan kepada Bank Islam kepada pelanggan dan juga kerajaan persekutuan,” kata Rafizi, menujukan kenyataan bahawa entiti yang meliputi 80% aset tambahan TH apabila disatukan adalah Bank Islam.
“Maka, untuk membayar kesemua liabilitinya, TH tiada pilihan selain dari mencairkan asetnya sendiri, dan berdasarkan penyata yang berakhir 2014, mereka kekurangan wang untuk membayar semua orang sekiranya pendeposit TH mengeluarkan wang dengan segera,” kata beliau.
Rafizi, apa yang anda sebutkan itu terguna pakai kepada SETIAP INSTITUSI KEWANGAN (FSI) dalam dunia.
Jika kesemua pendeposit sesebuah FSI mengeluarkan kesemua simpanan mereka pada masa yang sama, tiada FSI yang akan terselamat.
Ini adalah perkara paling asas FSI – mereka menggunakan deposit untuk menjana keuntungan dengan meminjamkannya atau membuat pelaburan jangka panjang di tempat lain untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi supaya mereka boleh mencatatkan untung dan membayar faedah kepada pendeposit mereka.
Jika anda mahu wang anda benar-benar selamat, simpan sajalah di bawah selimut anda dan anda tidak akan mendapat apa-apa pulangan langsung dan tidak wujud sebarang institusi seperti FSI.
Tak mungkin Rafizi tidak memahami perkara ini atau mungkin beliau mahu terus mengasak TH supaya pendeposit membuat ‘bank run’ dan TH pun tumbang?
Apa motif anda?
Dan kalau TH tak stabil, jadi mengapa anda masih menyimpan setengah juta ringgit di sana, Rafizi?
Oleh Lim Sian See
K7L : Nampak Pijie bengap susu..
sebenarnya Rafizi sengaja membodohkan diri dgn mengeluarkan komen yg bangang...semata mata untuk mengekalkan momentum sebagai politician yg kununnya perihatin dgn kebajikan rakyat....dia tahu dan paham benar mentaliti Malaysian ni yg lebih gemar percaya dan menyebar isu isu panas yg tak pasti sahihnya...lepas di beri penjelasan sebenar, dia akan cari isu lain...kalau kena saman, dia kata saya cuma bergurau....yg bebal adalah org yg percaya bulat bulat cakapnya dan withdraw duit dari T haji....sekarang sapa rugi...??? duit rafizi dan segala bonusnya ada tersimpan cantik dlm TH...
ReplyDelete