24/02/2016

Kit Siang 75 Tahun - Bila Nak Bersara Dari Politik?



'Happy belated birthday' yang ke 75 Lim Kit Siang. Bagi seseorang yang sering melaungkan Malaysia akan bangkrap, nampak gayanya telahannya amat meleset sama sekali.

Ini kerana bagi seorang yang berumur 75 tahun boleh menyambut hari lahir secara mewah dan besar-besaran di Hotel Equatorial Penang dengan jemputan berpakaian cantik dan kek bertingkat-tingkat, Malaysia masih makmur dan mewah waima kemakmuran negara turut dapat dinikmati oleh pemimpin pembangkang.

Keluarga Lim sudah tidak zuhud macam dulu lagi untuk memikat hati rakyat. Jadi kalau hendak kata DAP parti rakyat, zuhud dan sosialis tidaklah boleh lagi, sebabnya DAP sekarang adalah parti nepotisme, parti buat duit dan diktatorisme.

Anehnya sudah berumur 75 tahun, Kit Siang sudah terlalu lama dalam politik iaitu sejak 1964 lagi sedangkan DAP kini membawa mesej 'ubah' sebagai sebahagian daripada kempen menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kata nak bawa 'change', dia sendiri patut ditukar kerana telah menjadi pemimpin sejak 1964 sampai 2016, macam mana kata nak ubah? Sekarang pun masih jadi ahli parlimen. Mungkin dah tiba masa Lim Kit Siang ubah haluan dan bersara.


K7L : Dah banyak sangat buat 'kemusnahan' pada Malaysia.. dah boleh pejam mata kalau perlu ye Kit Siang.

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk