15/02/2016

Melayu Kena Pergi Mengundi - Jika Tidak Kalah PRU14?


 

Orang Melayu bakal hilang kuasa jika tiada usaha menambah jumlah pengundi daripada kaum itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Tan Sri Abd. Rashid Abd. Rahman berkata, perkara tersebut terbukti dalam pilihan raya umum lalu apabila hampir tiga juta orang Melayu yang layak mengundi gagal didaftarkan menyebabkan banyak kerusi majo­riti Melayu dikuasai oleh kaum Cina.


DAP telah memanfaatkan faktor tersebut dalam pilihan raya umum lalu dengan menambah jumlah pengundi di kawasan yang mereka kalah tipis sehingga parti itu berjaya menguasai lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya.

Bilangan pemilih pada 2013 adalah 13.2 juta. Pengundi Melayu berdaftar sebanyak enam juta tetapi bilangan orang Melayu yang berumur 21 tahun ke atas adalah 8.9 juta, jadi di mana semuanya mereka ini?

Orang Melayu merupakan 70 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia tetapi mereka hanya mewakili 58 peratus jumlah pengundi. Kalau semua yang layak ini menunaikan hak, jumlah itu sepatutnya 65 peratus tetapi hakikatnya tidak begitu.

Segelintir pemimpin Melayu berbangga dengan kuasa yang ada sekarang tetapi lupa untuk menambah pengundi, sedangkan DAP sedang giat mencari pengundi baharu untuk ditempatkan di kawasan tertentu bagi memenangi pilihan raya akan datang

3 ulasan:

  1. TAK PAYAH DAFTAR, TAK PAYAH UNDI...BIAR CINA DAP PEGANG SEPENGGAL.

    PEMIMPIN MELAYU HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

    BIAR SAMA SAMA SUSAH

    ReplyDelete
  2. Anak muda Melayu mendaftarlah jika sayang kpd bangsamu.Jgn dengar pandangan negatif.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin cerita tentang pengalaman saya,dulunya saya ini cuma seorang
    pembantu rumah tangga di malaysia pendapatannya tidak seberapa dan
    tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat
    informasi dari teman bahwa MBAH WASTUH bisa memberikan angka ritual/goib 100% tembus
    akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus
    saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH WASTUH.atas bantuan MBAH saya sekarang
    sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka
    usaha matrial dan butik pakaian muslim
    Jika anda mau buktikan
    silahkan bergabun sama MBAH WASTUH
    Di: No: tlp.0853-7778-4848
    Saya sudah buktikan sekarang giliran anda.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk