23/02/2016

Hentikan Semua Fitnah Ini - Najib Razak



Keris nak ulang semula kata-kata PM. Sesungguhnya hari ini terlalu banyak cerita yang mengelirukan dan terlalu banyak fitnah-fitanh yang dipercayai berbanding yang benar-benar berlaku. 


Mari kita baca nukilan PM bertarikh 12 February 2016 :

Semenjak-dua menjak ini, banyak berita dan khabar angin yang disebarkan berkaitan Tabung Haji di laman sesawang dan media sosial oleh golongan tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik dan peribadi semata-mata.

Penyebaran kenyataan yang tidak tepat dan tanpa usul periksa kemudiannya mewujudkan suasana tidak tenteram dan tidak percaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia terhadap institusi-institusi kewangan dan kebajikan Islam.

Jika ada dalam kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan kenyataan tidak tepat ini sehinggakan mengeluarkan simpanan mereka di dalam Tabung Haji, ini amat mendukacitakan saya kerana mengikut terma yang telah ditetapkan, pelabur-pelabur kini mengalami bukan sahaja kerugian dari segi pulangan pelaburan dan simpanan malah dari segi peluang untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah.

Satu daripada peranan Tabung Haji adalah sebagai badan pelaburan dana Islam yang membolehkan umat Islam di Malaysia menyimpan serta melabur wang simpanan tersebut secara halal, berteraskan syariat Islam.

Disebabkan pelbagai kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap Tabung Haji, sekiranya ada umat Islam yang bertindak mengeluarkan simpanan mereka kini tidak dapat lagi menikmati pulangan oleh Tabung Haji.

Lebih malang lagi, mereka yang berbuat sedemikian juga mungkin kehilangan giliran menunaikan haji.

Kita tidak boleh lupakan bahawa peranan besar Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1963 adalah dengan matlamat utamanya membolehkan rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5.

Kerajaan telah dan akan terus berusaha untuk membolehkan seramai mungkin umat Islam di Malaysia berupaya menunaikan fardhu haji, salah satu caranya melalui subsidi bagi mereka yang menunaikan haji buat kali pertama.

Bagi tahun 1437H, kos sebenar menunaikan haji adalah RM18,890 seorang, tetapi jumlah yang perlu dibayar oleh bakal haji cuma RM9,980. Selebihnya sebanyak RM8,910 ditanggung oleh Tabung Haji.

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kos menunaikan haji bagi rakyat Malaysia ini adalah antara yang paling rendah.

Alhamdulillah, hasil hubungan diplomatik erat antara kedua negara juga, Kerajaan Arab Saudi dari semasa ke semasa telah memberikan kita kuota tambahan. Tahun lalu misalnya, kita telah menghantar tambahan sebanyak 2,100 lagi jemaah haji muassasah, di atas kuota asal sebanyak 22,320.

Walaupun begitu, Insya-Allah, pada masa sama, kerajaan akan terus berusaha untuk menambah lagi kuota jemaah haji Malaysia.

Setiap kali lawatan saya ke Arab Saudi, mereka sering memuji pengurusan haji cemerlang oleh Malaysia, dan juga sahsiah diri jemaah haji Malaysia yang sangat berdisiplin dalam beribadah dan menunaikan kewajiban kepada Allah SWT.

Bukankah teramat rugi dan sayang sekali, seandainya semua kerja keras, hubungan baik, pengiktirafan serta kelebihan menunaikan ibadah yang kita terima ini sia-sia akibat kenyataan tidak bertanggungjawab yang disebarkan oleh ahli politik dan pengguna media sosial?

Ada yang telah menyimpan lama di dalam Tabung Haji, sudah menghampiri umur senja, tetapi dek termakan kenyataan berbelit-belit, hilang giliran menunaikan haji mereka. Bukankah teramat rugi dan sayang sekali?

Saya faham ada sesetengah pihak yang berniat mencatur langkah politik dengan mempermainkan serta mencetuskan kebencian rakyat namun saya nasihatkan agar kesemua ini dihentikan.

Janganlah jadikan penyebaran yang berunsurkan politik jahat sebagai budaya kita. Janganlah sehinggakan ada yang kerugian seperti dalam hal ini yang nyaris mengakibatkan umat Islam hilang pendapatan dan peluang menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Wallahu'alam.

1) NR FACEBOOK
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10153308365890952

2) NR Twitter
https://twitter.com/najibrazak/status/698077538896072704

3)NAJIBRAZAK.COM
https://www.najibrazak.com/bm/blog/tabung-haji-dan-rukun-islam-kelima/

K7L : ......

1 ulasan:

  1. Puji tuhan terimah kasih MBAH WASTUH atas nomor yang MBAH WASTUH kasih kesaya ini yang pertama kalinya kami menang togel 3D 394.modal usaha kami sebelumnya habis semua gara-gara togel,tapi atas bantuan angka jitu MBAH saya akan buka usaha saya kembali.tapi sebenarnya kami juga hampir putus asa karna persyaratan dari yang membayar maharnya terlebih dahulu sebesar Rp 1 juta tapi kami berusaha pinjam kiri kanan untuk menyelesaikan persyaratan yang diminta sama beliau dan akhirnya saya dapat angka jitu dari MBAH WASTUH dan tembus langsung 3D dan allhamdulillah saya dapat Rp 110 juta,bagi teman-teman yang punya masalah keuangan ingin menang melalui angka jitu MBAH WASTUH silahkan hubungi MBAH WASTUH di nomor,( 0853-7778-4848 ).sebenarnya kami sering main PARA NORMAL di internet,baru kali ini ada yang kasi nomor jitu yang tembus, yaitu MBAH WASTUH,saya jamin 100% tembus karena kami sudah buktikan sendiri,silahkan teman-teman buktikan juga sendiri,trima kasih.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk