29/02/2016

@armand_pju Sound PKR - Tak Ada Ikon Dan Pemimpin Recycle!



Pakatan pembangkang terutama sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin terdesak dan semakin ketandusan pemimpin, apabila mereka terpaksa menggunakan nama pemimpin yang sedang meringkuk di dalam penjara bagi meraih simpati dan sokongan daripada rakyat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, ikon pembangkang hanyalah Anwar Ibrahim. Apabila Anwar dihumban masuk ke dalam penjara, maka mereka kehabisan ikon untuk dijadikan contoh kepada rakyat. Sebab itu mereka terpaksa guna pemimpin 'recycle'.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang melahirkan ramai pemimpin pelapis dan berwibawa untuk diketengahkan dan dijadikan contoh terbaik untuk rakyat.

“Selepas Anwar Ibrahim masuk penjara, pembangkang kini berpecah dari Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Harapan, saya rasa dah tidak ada harapan sekarang ini, kerana harapan mereka hanya pada Anwar Ibrahim.

“Pakatan pembangkang yang berlindung atas nama rakyat, sudah tidak lagi mempunyai harapan, tidak mempunyai arah tuju kerana ikon yang mereka ada hanya Anwar Ibrahim yang mampu menyatukan parti-parti dalam pakatan pembangkang ini,”
- Armand Azha

Benar kata Armand. Selama hari ini pemimpin yang ada dalam PKR pun adalah pemimpin Recycle daripada UMNO. Mereka yang gila kuasa dan tak dapat tempat pindah ke PKR yang halatuju pun tak ada.

Ramai lupa PKR hanya sebuah parti yang ditubuhkan untuk Anwar Ibrahim semata-mata. Bukanlah untuk rakyat. Momokan mereka berjuang untuk rakyat hanyalah penipuan besar. Niat sebenarn hanyalah ingin menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sebelum dia 'gol'.

K7L : Kalau Anwar sudah tiada apa jadi?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk