17/10/2014
PPS Haram Buatkan @cmlimguaneng Mengamuk Lagi?
17:31
2 comments
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana penubuhannya tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu undang-undang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PPS juga tidak termasuk dalam akta yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebagaimana Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terletak di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 atau Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di bawah Akta Kesukarelawan 2012.
Dalam konteks itu, kata beliau, maka PPS bukan sebuah pertubuhan keselamatan memandangkan kuasa pertahanan keselamatan adalah hak Kerajaan Persekutuan.
"Kuasa Kerajaan Persekutuan adalah dalam soal keselamatan dan pertahanan, itu bukan kuasa kerajaan negeri tetapi PPS mahu bertindak sebagai sebuah badan atau pasukan keselamatan, saya ada bukti.
"Polis mengambil tindakan ke atas PPS kerana ada beberapa laporan polis dibuat contohnya rekod kesalahan lampau daripada 158 anggota yang ditahan, ada 11 laporan polis antaranya dipukul oleh anggota PPS, adakah PPS dibenarkan untuk memukul orang, menampar orang, menyembur dengan semburan pemedih mata, dan saya lihat banyak lagi laporan dibuat, itulah sebabnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) isytihar bahawa pertubuhan itu tidak berdaftar ertinya PPS adalah pertubuhan haram," katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini.
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang ingin tahu mengapa PPS diiktiraf sebagai pertubuhan haram.
Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Sehari selepas itu, polis menahan Ahli DUN Seri Delima RSN Rayer manakala timbalan pasukan itu yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik.
Ahmad Zahid berkata, terdapat 296 kumpulan PPS di seluruh Pulau Pinang yang beroperasi di bawah 40 kawasan.
Jelas beliau, selepas lima tahun penubuhannya, keanggotaannya berjumlah 9,002 orang terdiri daripada 2,970 Melayu, 5,123 (Cina) dan 473 India dengan memperoleh sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 setiap tahun di setiap kawasan DUN.
Menjawab soalan tambahan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) berhubung kewajaran penubuhan PPS biarpun kadar jenayah mencatatkan penurunan di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata, situasi baik itu bukan disebabkan kewujudan PPS tetapi kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan orang ramai.
Kata beliau, biarpun kerajaan menggalakkan usaha pelbagai pihak membantu menangani jenayah, tetapi segala peraturan dan undang-undang mesti dipatuhi dan bukannya mengikut apa yang dirasakan logik.
"Biarpun aktiviti PPS nampak baik dan digalakkan, namun dari 9,002 nama anggota yang sedang ditapispihak polis, kita akan lihat berapa ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan kes jenayah termasuk dalam beberapa laporan yang diperoleh yang kita nyatakan termasuk menumbuk, menendang dan menampar orang.
"Ini bukan tugas pasukan yang kononnnya mahu membantu polis, sebenarnya mereka mahu mengambil alih kuasa polis dan pihak keselamatan, maka dalam soal inilah Kerajaan Persekutuan bertegas," katanya.
Menjawab soalan Mohamad Imran Abd. Hamid (PKR-Lumut) berhubung soal keselamatan negeri di bawah Ketua Menteri atau Menteri Besar, Ahmad Zahid berkata, bidang tersebut adalah terletak di bawah kuasa Ketua Polis Negeri, Panglima Divisyen atau Panglima Briged dan bukannya hak seorang ketua negeri.
"Jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu ambil alih kuasa yang dipunyai Kerajaan Persekutuan, maka ia di luar undang-undang," katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan asal Wei Aik berhubung bilangan anggota Rela di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata, anggota jabatan itu adalah berjumlah 229,766 orang setakat September lalu manakala pasukan SRS pula ialah sebanyak 227 pasukan dengan keanggotaan 9,080.
Sumber : Utusan
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2014
(479)
-
▼
October
(66)
- Info Pasal Kes Perbicaraan Anwar 28-29 Oktober 201...
- @AzminAli Sindir Anwar Pasal Masuk Penjara? - PKR ...
- Video Ustaz - Klik Sebelum Link Terpadam
- Sekolah Demokrasi DAP Ada Lambang Lanun? - Nak Rom...
- Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah Saya Berser...
- Apa Yang Pelik Cara Customer DiGi Ini?
- Hari Untuk Rakyat Malaysia Bersyukur Kerana Punca ...
- Anwar Ibrahim Dedahkan Azmin Mula Biadap Pada Diri...
- Safwan Anang Kena Sound - PAS Mula Buang Boneka Ma...
- Pemuda PAS Lebih Rela Bela Anwar Berbanding Bela P...
- PAS Angkat Syiah - Mohon Rakyat Malaysia Tengok Da...
- #PAS Kini Dimaki Sebab Buat Keputusan Sokong Hadi ...
- @razlanrafii Vs @realDrMAZA - Bekas Mufti Malukan ...
- Mesej Rakyat Kepada Anwar Ibrahim Yang Ceramah Dah...
- Video Ustaz Berahi Tersebar? - Siapa Yang Punya An...
- Terduduk Anwar Bila Ceramah Hanya Depan 80 Orang? ...
- @IshamRais Kurang Yakin Dengan PAS - PAS Masih Han...
- Kempen Raba Perempuan Berlapik - Apa Ada Hal Asalk...
- Syiah Dibawa Jumpa Presiden PAS - Mat Sabu Hasut U...
- Warkah Untuk Anwar - “BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RA...
- Tahniah @n_izzah Sokong Sentuh Anjing - Azmin Kata...
- Bekas Mufti Perlis Akan Tunjuk Cara Peluk Anjing Y...
- #IWantToTouchDog - Wajib Baca Kalau Nak Tahu Pasal...
- Petikan "Terbenam Empat Ratus Tahun" Untuk Orang UMNO
- Ajaran Sesat Millah Abraham Sedang Merebak Di Kawa...
- Pidato Umum Ketum Di UM? - VC UM Membisu Atau Bert...
- Ancaman ISIS Rendah Tapi Kita Pantau! @Hishammuddi...
- PPS Haram Buatkan @cmlimguaneng Mengamuk Lagi?
- #JomBawaBekal Hasan Malek Tak Masuk Akal?
- Adab Memberi Salam Sesama Islam Dan Bukan Islam @U...
- Rakyat Malaysia Sedang Menghukum @AnwarIbrahim
- Lawak @AnwarIbrahim Yang Buatkan PKR Terkencing Da...
- @NikAbduh Sound DAP PKR - Ada Kesan Ke? @TeresaKok...
- Rafizi Fitnah Hadi? - PAS Buta Atau Pekak Ya?
- Akibat Mabuk Dan Memandu - Peringatan Seorang Bapa...
- Rafizi Mula Mengarut Pasal Subsidi - Dia Ini Patut...
- Penderma Organ Kurang - Apakah Hukum Derma Organ D...
- DAP Gelar PAS 'Islamic Rubber Cock Party'?
- Teresa Kok & Eli Wong Hina @NikAbduh Ke? PAS Nak D...
- CGT Cadangan Pembangkang Lebih Baik Daripada GST?
- Dinding Rumah Pangsa Tercabut Di Kuala Lumpur #Ngeri
- @idzhamhashim - Bintang Baru Parlimen Belia Negeri...
- Sudah Tiba Masa @NajibRazak Pecahkan Semula Kement...
- Ustaz Fathul Bari Hentam Jamila Niqab Yang Masuk DAP?
- Senarai Typo Media Yang #SuperKlaka Dan Memalukan?
- Tiada Air Di Kuala Langat! Makluman Untuk @AzminAli
- #NoBraDay - Salah Faham Atau Satu Ajakan Syaitan?
- Persatuan Melayu Murtad Diluluskan ROS? #Kegilaan
- Dr MAZA Bersifat Melampau - Kenapa Tak Sound Dia? ...
- @SyafiqMOfficial #Syafiq4PB Wajah Baru Menyinar Pa...
- Bom Di Bukit Bintang - Jangan Panik Dan Biar @PDRM...
- Masjid Di Kedah Ada Lambang Yahudi? #Kegilaan #Teo...
- Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View #Bah...
- Puak Penentang Anwarinnas PAS Cuba Main Api Dengan...
- Nama Kedai Nasi Kandar Di Penang Yang #LGE Cuba Tu...
- Apa Sudah Jadi Dengan Badminton Dan Takraw Malaysi...
- Setuju Dengan Ustaz Kazim Elias Pasal Punahsihat! ...
- SJKC Mesti Dihapuskan? Setuju Dan Sila Laksana #Se...
- @Tantawi100 Konsisten Hentam DAP - PAS Tak Mahu Pe...
- Exco Kerajaan Negeri Kedah Bela Biawak Hidup? #Sil...
- Dua Dosa Oleh Dua MB Selangor Kepada Rakyat Selang...
- Boleh Tak Pegang Passport Mereka Yang Sedang Disia...
- Mujahid Yusof Rawa Disarankan Untuk Keluar Dari PA...
- Sila Siasat Dan Pastikan Tiada Yang Terlepas Bab K...
- Pas Yang Sesat, UMNO Juga Disalahkan? @razlanrafii
- Cadangan @guzzu Pada JAKIM & @MPKotaBelud Yang Bagus!
-
▼
October
(66)
Ramai jugak ahli PPS.9k ++.
ReplyDeleteKata negeri tak boleh tubuh pasukan keselamatan, tapi yang di Johor ada Askar Timbalan Setia tu apa cerita pulak, haa,, tolong jawab...
ReplyDelete