20/10/2014

Petikan "Terbenam Empat Ratus Tahun" Untuk Orang UMNO




Dipetik sebuah rencana oleh seorang tokoh pejuang, Ibrahim Yaacob yang dimuat di muka surat 7, BERJUANG.....

“Terbenam Empat Ratus Tahun”.

Angkatan Melayu Muda Wajiblah Bekerja Dengan Segala Tenaga Dan Daya Upaya

“Sungguhnya 10 haribulan 8 adalah menjadi tarikh yang amat menyedihkan kerana pada tarikh itu dalam tahun Masehi 1511 jatuhlah Mahkota Sultan Melaka dikalahkan oleh Portugis. Daripada hari itu Tanahair dan Bangsa kita porak peranda. Melaka yang menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera, Brunei dan pulau-pulau di Selatan Singapura serta di Laut China Selatan telah jatuh. Dari semenjak itu timbullah dua peperangan yang besar di tanah air kita ini, iaitu:

1.Perjuangan menentang kuasa-kuasa Eropah yang telah bertubi-tubi tibanya kemudian daripada kejatuhan Melaka dan tempat itu jadi tumpuan kuasa Barat, dan

2.Peperangan saudara antara pembesar-pembesar atau wakil-wakil Sultan Melaka yang masing-masing tidak mahu menyembah kepada keturunan Sultan Melaka dan hanya hendak beraja sendiri. Dengan keadaan yang demikian bangkitlah kerajaan-kerajaan kecil di tiap-tiap satu sungai yang besar dan tiap-tiap seorang raja ini keadaannya berperang pula sama sendiri.

Umat Melayu Raya menjadi huruhara, berpecah belah dan tidak bersusun baik oleh sebab terlalu banyak raja dan terlalu banyak kerajaan yang kecil-kecil. Empat ratus tahun lamanya umat kita menderita, menderita kacau, menderita kejatuhan dan menderita kehinaan.

PENJAJAH EROPAH


Dalam hal yang demikian kuasa Barat, khasnya Inggeris dan Belanda telah menggunakan peperangan saudara di kalangan umat Melayu untuk menguasai dan mempengarui negeri kita ini dan mendatangkan dasarya “pecah-pecah dan kemudian perintah”. Kuasa Inggeris di Malaya bukannya saja memecahkan negeri Melayu ini dalam beberapa kerjaan dan puak yang kecil-kecil, tetatpi juga Singapura yang telah diambilnya dengan tipu muslihat telah dijadikannya pelabuhan terbuka untuk menyempurnakan “dasar pintu terbuka” yang dijalankannya. Maka timbullah dua desakan yang besar lagi pada umat Melayu yang sedang berserak dan berpecah-belah itu, iaitu:

1.Desakan orang dagang

2.Desakan modal dan putar belit daripada luar negeri.

TIMBUL ATAU TENGGELAM
Akan tetapi, apa yang telah terjadi itu ialah menjadi pelajaran yang amat baik kepada umat ialah satu soal yang wajib dkaji sekarang. Kiranya kita yang telah terbenam selama 400 tahun itu timbul semula?”. Soal ini menjadi suatu pertanyaan yang satu-satunya wajib dihalusi, wajib difikirkan dengan cermat oleh tiap-tiap seseorang daripada kita, terutamanya gulungan orang-orang yang berpengatahuan tiap-tiap segi, tiap-tiap penjuru dan sudut pertanyaan ini, sehinggalah dapatlah kita suatu pengertian atau susunan yang akan menentukan nasib bangsa kita sama ada timbul atau terbenam selama-lamanya.

Akan tetapi mustahil umat kita boleh timbul lamun jikalau kita sendiri tidak kuasa timbul, kita sendiri tidak mahu menyumbat membetulkan yang pesok dan yang pecah berlubang di antara pergaulan dan kumpulan umat kita, kita sendiri tidak sudi mendengar petunjuk Allah yang telah menunjukkan jalan-jalan yang suci kepada kaum kita untuk bekerjasama dengan sebulat-bulatnya bagi menimbulkan semula kaum kita yang telah rusak binasa. Sebab itu segala-galanya tergantung kepada kita sendiri.

PEMUDA HARAPAN BANGSA

Adapun harapan yang digantungkan bagi pekerjaan umat ini ialah terutamanya pada orang-orang muda, tetapi orang-orang tua wajib jugalah memberi sokongan dan segala tenaganya sama serta menunjukkan jalan yang sempurna dan sayugianya tidaklah hendak memecah-mecahkan keadaan kita.

Tiap-tiap orang kita mesti mempunyai persatuan batin atau persatuan hati menuju kepada satu tujuan iaitu mengumpulkan tenaga dan dayaupayanya bangsa kita untuk kemenangan kita.

Daya upaya dan tenaga yang kuat tidak akan diperolehi melainkan dengan ikatan yang satu, sekurang-kurangnya di antara umat kita yang hampir tiga milion di Malaya, bahkan akan bertambah kuat lagi manakala umat Melayu yang hampir 80 milion di Tenggara Asia ini boleh menyatukan segala tenaga dan daya upayanya

PEMIMPIN BEKERJA DIKEHENDAKI

Adapun kaedah mendapat suatu ikatan yang teguh bagi kaum kita tidak akan diperolehi lamun jikalau umat kita masih terlalu banyak cadangan dan terlalu banyak fikiran, walhal tidak ada yang dikerjakan satu pun daripadanya; hanya yang banyak ketua-ketua cadangan dan pemimpin-pemimpin fikiran, sedangkan yang dikehendak sangat-sangat sekarang- sekarang juga – ialah pemimpin-pemimpin bekerja supaya dapat kita tumpukan segala pekerjaan-pekerjaan kita untuk meneguhkan usaha-usaha yang telah dan sedang kita buat, kerana nasib diri kita seseorang semata-mata bergantung kepada nasib bangsa kita sendiri”.


K7L : Sama-sama kita muhasabah diri..

3 ulasan:

  1. Inilah balanya bila puak Islam/Melayu-ELIT-LIBERAL yg. dilahirkan dgn. sudu emas, terus merasakan mereka yg. paling berhak menjadi pemimpin! Dah tiba masanya golongan ELIT-LIBERAL dlm. UMNO, digantikan dgn. nafas-nafas baru - pemimpin yg. amat BERANI mempertahankan ISLAM/umatnya serta HAK BUMIPUTERA, dari MUSUH ISLAM/Melayu yg. tempatan dan asing! Tak penting Malaysia menjadi negara maju ala-Barat/ZIONIS kalau TANAH/ALAM MELAYU ISLAM PUSAKA nenek moyang kita ni terus TERGADAI kat bangsa PENDATANG tempatan/asing!

    Lihat pemimpin VENEZUELA, Pres. Maduro ini yg. amat berani memperjuangkan hak BUMIPUTERA Palestin, dari KEANGKUHAN Barat-ISrael-KEPARAT, termasuk Pres. Maduro memberikan BIASISWA pengajian perubatan kpd. SERIBU anak PALESTIN- lihat di http://www.telesurtv.net/english/news/100-Gazan-Youths-Arrive-in-Venezuela-to-Start-Medical-School-20141009-0060.html , 100 Gazan Youths Arrive in Venezuela to Start Medical School, Published 9 October 2014! Sedangkan Univ. AlBukhary Antarabangsa di Kedah, kat NEGARA ISLAM kita ni, yg. nak bantu anak-anak ISLAM MISKIN global pun mungkin akan HANCOQ terus (nak cari berita terbaru pun bukan main susah tentangnya kat media)!

    Dan lihat juga Pres. Maduro ini telah MEMULANGkan balik 1.8 JUTA HEKTAR tanah kpd. BUMIPUTERA Venezuela; sedangkan TANAH RIZAB MELAYU kita yg. diROMPAK pun masih tak tertebus dan di P. Pinang terutamanya, BUMIPUTERA Islam/Melayu makin diHALAU dari bumi sendiri dan mungkin cucu-cicit kita akan MEREMPAT/MENGEMIS di bumi sendiri!

    Lihat KEBERANIAN Pres. Maduro ini, di - http://alethonews.wordpress.com/2014/10/16/maduro-hands-over-land-titles-to-indigenous-communities-creates-institute-to-protect-native-languages/ , Maduro Hands Over Land Titles to Indigenous Communities, Creates Institute to Protect Native Languages, By Z.C. Dutka | Venezuelanalysis | October 15, 2014:

    On Monday, in celebration of the nationally acclaimed Day of Indigenous Resistance, Venezuelan president Nicolas Maduro established a presidential council for indigenous peoples, handed over collective land titles to 14 original communities, lowered the threshold age for indigenous pensioners, and announced the creation of an institute to protect the country’s 44 native languages.
    The South American leader also pledged 5000 new homes for indigenous communities for 2015 through the national housing mission Mision Vivienda, and announced the investment of 575 million bolivars (about $7 million) to address extreme poverty in 396 of those communities…..

    Land titles that encompass six ethnic groups and 14 communities of Anzoategui state were presented to community representatives; 1,891 hectares to the Guatacarito people, 438 to the Cumanagoto, 983 to the Capachal, 3,294 to the Pedregal, 657 to the Guayabal and 1,119 hectares to the Kariñas of Mapiricurito.

    From 2011 to 2013 the Committee for the Demarcation of Land and Habitat, of the indigenous ministry, has signed 40 property titles for collective lands, including over 1.8 million hectares of land.

    In a similar ceremony in July, Nuñez declared, “Today, the Bolivarian government recognizes the lands that ancestrally belonged to us and have been our home for many years.”

    ReplyDelete
  2. 10 hb 8.... tarikh lahir siapa ye ?
    Manusia pembawa bala' kpd Melayu.

    ReplyDelete
  3. Bagus artikal ni....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk