15/10/2014

CGT Cadangan Pembangkang Lebih Baik Daripada GST?



MyMassa ada keluarkan satu artikel yang menarik untuk kita baca dan fahamkan. Ia berkaitan dengan CGT. CGT sebenarnya hanya akan menguntungkan peniaga DAP dan tidak untungkan peniaga bumiputera. Apapun mari kita baca info tentang CGT.

Bila kerajaan pusat ingin melaksanakan GST, maka riuh rendahlah puak-puak pembangkang memfitnah kononnya cukai tersebut akan memiskin dan membebankan rakyat.

Lalu mereka pun bergetik ingin melaksanakan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax(CGT).

APA ITU CGT?

CGT adalah cukai yang dikenakan dan dipungut dari hasil keuntungan penjualan dan urusniaga (transaksi) saham-saham, bon-bon, emas dan opsyen saham seperti ESOS (Employee Share Option Scheme – Skim Saham Pilihan Pekerja) dan sebagainya.

ESOS secara mudahnya adalah skim insentif bukan berbentuk wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja mereka untuk berkongsi risiko syarikat. Jika untung dapat imbuhan, jika rugi tak dapat apa-apa.

Dengan kata lain hasil keuntungan penjualan saham-saham individu atau syarikat yang diurusniagakan di Bursa Saham atau yang bertukar tangan akan dikenakan cukai yang ditetapkan peratusan tertentunya oleh kerajaan (Pakatan).


Di bawah sistem CGT, keuntungan ASB akan dikenakan cukai

Ini termasuklah saham-saham amanah yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekuiti dan aset rakyat yang majoritinya bumiputera seperti ASN, ASB, ASW, ASM, ASD, ASG, AS1M dan sebagainya yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Begitu juga dengan saham-saham amanah yang diwujudkan atau yang diurusniagakan oleh agensi-agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri.

Ini termasuklah juga urusniaga saham oleh KWSP, Tabung Haji, saham koperasi dan sebagainya

Selama ini keuntungan dari penjualan atau pemberian bonus dan dividen ke atas simpanan saham-saham amanah ini dikecualikan oleh kerajaan Malaysia dari dikenakan sebarang cukai CGT.

Tapi dengan perlaksanaan CGT, maka setiap transaksi akan dikenakan cukai…tak boleh mengelat.


Bumiputera yang baru nak bergiat dengan saham mungkin akan terbantut apabila CGT diperkenalkan...keuntungan yang dapat mesti kena bayar cukai.

Persoalannya adakah ini cara halus yang difikirkan oleh chauvinist DAP dan PKR untuk menghakis kekuatan ekonomi rakyat terutamanya bumiputera yang selama ini ia kebal dilindungi oleh kerajaan Malaysia selaras dengan Perlembagaan Negara?

Dalam masa yang sama, apabila CGT dikenakan ke atas setiap transaksi penjualan saham, adakah ia bagus kepada para pelabur. Kemungkinan Bursa Malaysia akan kehilangan daya saing kerana ia tidak menguntungkan pelabur.

Memang bunyinya cukup menginzalkan… CGT hanya akan dikenakan ke atas golongan kaya yang selama ini kononnya begitu rakus mengumpul kekayaan hingga memiskinkan rakyat.

CGT kononnya lebih pro rakyat tapi GST memiskinkan rakyat kerana barang dan rakyat dikenakan cukai…hebat propagandanya.

Namun hakikatnya, CGT hanya akan dikenakan ke atas golongan kaya yang jumlahnya masih kecil lagi di Malaysia. Lainlah kalau peratusannya amat tinggi.

KESAN BURUK CGT
Di Malaysia jika ia dilaksanakan jumlah kutipannya tidak mampu menampung perolehan kerajaan. Selain ia akan menimbulkan kesan negatif pada perekonomian negara

Hasil pendapatan negara akan berkurangan… 

Bajet perbelanjaan negara akan mengalami gangguan bahkan akan defisit kerana hasil kurang tapi belanja lebih. 

Negara terdedah kepada pemindahan modal kekayaan ke negara-negara lain yang tiada CGT. 

Negara terpaksa meminjam wang dari institusi asing untuk tampung perbelanjaan negara 

Ini menyebabkan hutang negara bertambah dan ia memudahkan negara ini dikawal oleh si pemiutang atau para kreditor asing.

Kita tidak boleh membandingkan kekayaan ekonomi negara kita dengan kekayaan ekonomi negara-negara maju di Eropah.

Ekonomi mereka sudah stabil dan ramai yang kaya jadi ia tidak bermasalah.

Di Malaysia, kerajaan hanya mengenakan CGT secara terhad ke atas keuntungan jualan hartanah yang dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RPGT).

Cukai ini dilaksanakan bagi mengelak aset atau hartanah dijadikan bahan spekulasi dan manipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan melampau.


Penjualan hartanah seperti rumah dikenakan RPGT sebagai mekanisme kawalan bagi mengelak ia dijadikan komoditi mudah untuk mendapatkan keuntungan sehingga harga menjadi mahal dan membebankan rakyat.

Dengan kata mudah mereka beli harga murah, selang beberapa tempoh mereka jual dengan harga mahal untuk dapat untung. Itu sebabnya harga hartanah terutamanya rumah melambung tinggi bila ia bertukar dari satu pemilik ke satu pemilik yang lain.

Hakikatnya, CGT tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana ia tidak disukai oleh para pelabur terutamanya pelabur asing. Keuntungan urusniaga saham mereka akan jadi kurang akibat dicukai.

Jika ia dilaksanakan juga para pelabur asing yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan akan memindahkan kos cukai tersebut kepada pembeli atau rakyat. Maka harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan akan lebih tinggi.

Bila harga lebih tinggi yang susahnya adalah rakyat. Rakyat yang ramai berpendapatan rendah majoritinya adalah kaum bumiputera. Adakah ini satu lagi taktik halus DAP mendajalkan ekonomi negara dan bumiputera?

Di negara-negara Eropah dan maju para pelaburnya telah lama membuat keputusan untuk memindahkan pelaburan mereka ke negara-negara membangun kerana ingin mengurangkan kos operasi mereka akibat CGT.

Kita negara yang masih membangun kenapa begitu getik nak laksanakan CGT?

Di negara kita, para pelabur, syarikat korporat dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) melihat CGT lebih membebankan berbanding GST.

Mereka selama ini telah dikenakan cukai SST sebanyak 16% yang akan dimansuhkan dengan perlaksanaan GST yang cuma 6% sahaja bermula 1 April 2015. Mereka rasa lega.

Dengan itu banyak harga barang pengguna akan turun. Hari ini 20 Oktober 2015 kerajaan akan mewartakan lebih 900 barangan pengguna yang disenaraikan dalam sistem GST.


Usahawan IKS banyak dapat manfaat dari perlaksanaan GST. Ada keuntungan simpan sikit dan beli saham untuk tampung perbelanjaan luar jangka. Tapi kalau di bawah CGT, duit keuntungan saham pun kena cukai. Macamana nak survive?

Dalam Bajet 2015, pelabur juga lega apabila cukai korporat akan diturunkan dari 25% kepada 24% bermula 1 Januari 2015.

Adakah kita mahu membebankan mereka dengan CGT yang menghakis keuntungan modal dan ekuiti mereka melalui urusniaga saham?

Hakikatnya, keuntungan hasil transaksi saham itulah yang banyak digunakan oleh syarikat-syarikat untuk menampung pelbagai kos operasi mereka seperti kos pengurusan, kos gaji, bonus pekerja, menambah aset dan sebagainya.

Mana syarikat nak cekau duit kalau harapkan bisnes barang atau perkhidmatan semata-mata. Mesti ada sumber pendapatan lain seperti urusniaga saham untuk menampung kos operasi.

Kita pun kalau tak ada simpanan saham, tak ada pelaburan emas mana nak cekau duit bila sesak?

Para jutawan, golongan kaya dan berada selama ini juga dikenakan cukai pendapatan individu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun hasil pendapatan gaji mereka.

Bagi umat Islam, mereka diwajibkan membayar fitrah dan zakat pendapatan atau zakat emas, ternakan, hasil tani dan sebagainya jika cukup syarat-syaratnya.

Dan syukur apabila cukai tahunan seseorang atau syarikat itu boleh dipotong atau direbat dengan menolak jumlah zakat-zakat yang telah dibayar pada tahun-tahun semasa itu. Jadi pembayar tidak terbeban dan dapat pahala pula. Negara lain tak buat macam ni.

Dalam Bajet 2015, rakyat yang bujang atau berkeluarga serta berpendapatan bawah RM4,000.00 sebulan tidak dikenakan sebarang cukai pendapatan. Mereka layak menerima BR1M antara RM350.00 hingga RM950.00.

CUKAI WARISAN HARTA (INHERITAGE TAX - IT)
Puak pembangkang juga nampaknya semakin biol apabila turut mahu melaksanakan Cukai Warisan Harta (IT).

Cukai ini dicadangkan dikenakan ke atas sebarang pewarisan dan pemindahan aset di kalangan golongan kaya yang bernilai RM5 juta ke atas.

Dengan kata lain sebarang pemindahan aset samada pemberian hadiah, pampasan, warisan, harta faraid akibat kematian akan dikenakan cukai tersebut.


Pihak PR beria-ria nak laksanakan IT ini kerana berpendapat United Kingdom telah berjaya mengutip Pound 2.7 bilion billion (RM14 bilion) pada tahun 2011 lalu hasil percukaian IT ini.

Tapi cuba kita bandingkan ekonomi, pendapatan berkapita dan jumlah orang kaya di negara kita pasti jauh berbeza dengan United Kingdom.

Di UK purata pendapatan kapita tahunan mereka adalah US40,000 (RM128,000) setahun dan menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di Eropah.

Tapi kita di Malaysia purata pendapatan per kapita tahunan cuma sekitar RM5,000 sahaja tu pun ramai yang mempertikainya.

Di negara kita juga, pampasan harta warisan bernilai RM5 juta tak banyak dan tak ramai.

Apabila pihak pembangkang beria-ria hendak mengenakan IT, DAP akan terbayang-bayangkan jumlah kekayaan yang boleh dikutip dan memberi contoh kekayaan para jutawan Melayu seperti Syed Mokhtar Bukhari, Mokhzani Mahathir, Tajuddin Ramli, Azman Hashim…

Mereka ini dituduh kroni kerajaan dan merompak harta negara. Tetapi mana perginya contoh billionaire bukan melayu yang hidup mewah memerah kekayaan negara selama ini dan hidup mewah di luar negara?

Kenapa chauvinist DAP dan PKR beria-ria sangat mencadangkan Cukai Warisan Harta ini dikenakan ke atas golongan kaya yang sasaran sebenarnya hendak mengenakan ke atas para jutawan Melayu?


Kita takut apabila rakyat kononnya hendak disama tarafkan kedudukan mereka maka akan jadilah seperti sistem sosialis di mana golongan kaya dimusuhi. Maka tiada lagi orang berani nak jadi kaya kerana takut dikenakan cukai.

Atau mungkinkah ini suatu taktik chauvinist DAP dan PKR untuk menyelamatkan kroni mereka supaya memindahkan dan menyelamatkan segera harta kekayaan mereka di negara-negara luar supaya ia tidak dikutip cukai oleh kerajaan.

Bila negara bangkrap dan sistem ekonomi terganggu mereka akan kata ia disebabkan negara ini diperintah Melayu. Bukan kenyataan rasis tapi inilah yang tertanam dibenak puak-puak chauvinist selama ini.


Ong Kian Ming (kiri sekali) MP Serdang adalah seorang pemabuk semasa pesta arak Oktoberfest. Beliau merupakan antara perancang dan jurucakap bajet Pakatan Rakyat yang ingin memperkenalkan cukai CGT dan IT. Gamaknya masa mabuk dia buat bajet. Lepas bentang Bajet dia mabuk lagi.

Melayu PAS dan PKR juga yang bodoh kerana mengikut telunjuk para kiasu DAP dan PKR.

Kerajaan dah buat GST baik mereka kutuk kata buruk. Ada saja alternatif lain. Orang kata ikut saluran depan mereka tetap nak ikut jalan belakang macam KETUM mereka juga.

Belum memerintah dah nampak buruk mereka, kalau perintah ntah apa nasib kita. Mujur Allah tak izinkan mereka memerintah negara ini.

Kalau CGT dan Cukai Warisan Harta itu lebih baik dari mana-mana sistem percukaian negara sekarang, mungkin ia lebih baik dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan terlebih dahulu…amacam ada bran?


Link berkaitan:

1. http://mymassa.blogspot.com/2014/04/tolakgst-adakah-gst-haram-disisi.html
2. http://mymassa.blogspot.com/2014/04/tolakgst-bila-tak-tahu-gst-salahkan.html
3. http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html

K7L : CGT untungkan siapa?..cukai cara zionis...

2 ulasan:

  1. Apabila cukai naik,keuntungan pelabur akan berkurang.Lebih teruk lagi pelabur beralih ke negara lain.kesannya perniagaan akan berkurangan dan peluang pekerjaan akan berkurangan atau lebih teruk lagi pekerja terpaksa diberhentikan.

    ReplyDelete
  2. tak perlu cakap banyak la... lihat tahun 1997 cukup la, pasaran saham Malaysia pun kucar kacir, index dari 1500 turun menjadi hanya 200++ je... masa tu nak kutip cukai CGT pun tak boleh...

    Siapa Menteri Kewangan tahun 1997 tu???

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk