13/10/2014

Persatuan Melayu Murtad Diluluskan ROS? #Kegilaan



Keris terkejut apabila terbaca artikel Faizal Salleh. Apakah IFC yang menjadi perjuangan Ambiga diluluskan? Mari kita baca apa Faizal sampaikan.


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pendaftaran Persatuan Melayu Murtad, ‘International Forum Council’ (IFC) dan Persatuan Melayu Kristian telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan tersebut.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah menegaskan bahawa berita yang disebarkan secara meluas melalui media-media sosial yang mendakwa JPPM telah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan tersebut sebagai palsu.

“Penyebaran berita ini telah lama dikesan, iaitu sejak seawal tahun 2007 lagi dan sering disebarkan dari semasa ke semasa. Sekali lagi ditegaskan bahawa JPPM tidak pernah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan tersebut.

JPPM menyeru agar semua lapisan masyarakat tidak terpengaruh atau terpedaya dengan penyebaran berita palsu tersebut dan seterusnya diminta tidak menyebarkan berita tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.


Hmmm.. Apapun kita kena terus waspada. Kena perangi murtad. Tahniah kepada JPPM yng masih berkeras tidak menerima pendaftaran yang dilakukan demi kesejahteraan Malaysia.

K7L : Jihad tentang murtad!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk