28hb dan 29hb Oktober ini adalah 2 hari yang sangat penting bagi menentukan nasib hidup politik Anwar Ibrahim.
Dan itu pun jika ianya tidak ditangguh lagi.
Tarikh-tarikh itu adalah bagi Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir veteran politik, Anwar Ibrahim tentang sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008.
Sebelum itu, 3 anggota panel Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar Ibrahim bersalah. Tetapi Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Dokumen lengkap kes liwat Anwar Ibrahim adalah 85 mukasurat. Kita boleh baca di sini : http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf
Di bawah adalah tarikh-tarikh penting di mana kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh banyak kali. Dan mereka masih lagi tabur fitnah kononnya sistem kehakiman tidak adil!
Dan di bawah adalah hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim :
- Setelah mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, kami kenakan hukuman lima tahun penjara.
- Dengan menjatuhkan hukuman tersebut, kami telah mengambil kira keadaan dalam pelakuan kesalahan itu, betapa seriusnya kesalahan itu dan pertimbangkan mereka dibandingkan dengan kepentingan awam.
- Kami juga telah mengambil kira hukuman maksimum penjara bagi kesalahan ini adalah 20 tahun dan responden juga dikenakan sebatan.
- Namun memandangkan peruntukan s.289 dari kanun tatacara jenayah, responden telah terlepas dari hukuman sebat. Pada pandangan kami, hukuman penjara lima tahun akan menjadi matlamat keadilan dan proporsional dengan kesalahan yang dilakukan.
Anwar Ibrahim terlepas hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan. Sebaliknya, dihukum penjara 5 tahun.
Kiraan matematik mudah sudah dapat menjangka politik peribadi Anwar Ibrahim akan malap di dalam penjara, jika beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Persekutuan.
Dan tatkala itu, Anwar Ibrahim sudah berumur 72 tahun, satu usia yang sudah tua untuk terus berpolitik agresif seperti sekarang. Dan jika dipenjara, terputuslah politiking Anwar Ibrahim kecuali khabar-khabar daripada keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarah.
Maka timbul satu persoalan besar, apakah Anwar benar-benar sudah bersedia menyerah diri untuk dipenjara jika didapati bersalah?
Setelah berpuluh-puluh kali keluar masuk Mahkamah dan tertangguh lebih daripada 2 tahun, apakah Anwar akan akur menerima sahaja berada di dalam penjara?
Atau ada pelan lain?
Tambahan pula, rakyat sudah muak dengan politik Anwar dan Pakatan pembangkang
Sambung DI SINI
K7L : Orang kanan pun dah tak sokong dengarnya..
0 ulasan:
Post a Comment